Wednesday, April 28, 2010

letter 196

polis diraja malaysia.

ayah i dah berkhidmat sebagai anggota dari tahun 70an. tapi i sangat respect dengan stail dia sebagai seorang polis yang tak corrupt. serius bukan i nak puji cuma macam tak percaya ada lagi polis macam ayah i sekarang ini.

dia seorang polis yang malas nak tahan orang kalau dia buat roadblock. dia cuma akan follow sahaja dan orang lain yang tahan. selalu i terserempak dengan dia time ada roadblock, mesti dia duduk kat meja tepi jalan tu samada hisap rokok atau bersembang.

dan dia sangat tidak mengamalkan rasuah. kerana itu baginya adalah menjadi darah dan daging keluarga yang disuap juga. cuma kalau ada kawan2 paksa ambil bila cina2 yang menjalankan perniagaan haram kirim, dia akan menjaga muka kawan dan cina itu tetapi hanya akan menjadikan wang itu sebagai duit minyak atau duit top up anak2. hehe! dia akan khaskan di satu tempat dan pesan jangan makan duit ni. so kami tau itu duit apa.

dan yang peliknya, dia tak suka berlagak seperti polis. dia jarang ke hulu hilir dengan uniform. sampai mak i cerita, kecil2 dulu i takut dengan polis tapi tak tahu yang ayah sebenar adalah polis sebab tak pernah tengok dia pakai uniform. maybe time i kecil dulu dia sebagai special branch tapi sampai sekarang pun dia macam tu even dia dah duduk dalam office. kalau i ada hal penting nak jumpa dia, i cari dia di balai, baru i nampak dia dengan full uniform. means dia tinggalkan baju kerja dia di office dia. cuma pakai time kerja saja. sementara itu dia hanya berseluar kerja dan t-shirt biasa saja. maybe dia tak selesa nak beruniform ke sana ke mari.

cuma yang paling best bila part i kena tahan polis. i ni jenis orangnya ambil mudah. takat nak pergi town nak beli benda kecil2, i memang malas nak bawak purse. so pernahlah kena tahan dengan polis. tapi serius i jenis tak suka nak gunakan kelebihan sebagai anak polis. bila kena saman, i ok ja. then mesti pakcik polis ni akan tanya. (selalunya polis2 baru atau polis baru transfer ke town i sebab polis2 lama semua dah kenal i dari kecil lagi) 'hang duk mana?. 'duduk sini la'. 'bapak hang sapa?' 'dollah'. 'dollah mana?' 'dollah kelantan'. 'polis ka? dollah kelantan tu?' 'ye la. 66495'. 'huh! hang ni buang masa aku. awat tak habaq awai2?' 'hehe'. 'jalan laaa'. see! selamat!

selalu juga dia kena tahan roadblock dan kena dengan polis kerek. dan dia biar je dulu polis tu tunjuk kerek. cakap macam bagus. polis la katakan! bila polis tu suruh bagi ic, dorang terkejut. dan ayah i akan sound balik, 'lain kali cakap dengan orang elok2 la. tu pasal ramai orang awam komplen'. terus diorang minta maaf.

tapi ayah i minta pencen awal. tahun ini dia baru 56. dia dah malas nak kerja. budak2 baru ni susah dia cakap. sebab sekarang dia jaga bahagian budak2 peronda. ada yang datang lambat, nak kena turut sampai rumah. so dia ambil keputusan nak pencen awal. bulan 7 ni lastlah abdullah abdul ghani sebagai sarjan 66495. dia pun dah buat ic biasa.


Monday, April 26, 2010

letter 195

filem ni memang dah lapok gila tapi i nak post jugak sebab dah lama i tak tengok. 1st dulu i tengok kat youtube sebab kan i dah mention, i tak suka tengok wayang kat pawagam. hehe! so, semalam movie ni baru kuar kat astro, so i nak post, k.

Confession of a Shopaholic Pictures, Images and Photos

Confessions of a shopaholic - Isla Fisher Pictures, Images and Photos

confession of a shopaholic Pictures, Images and Photos

fisher lakonkan rebecca bloomwood, seorang penulis yang lebih menggilai aksesori dari artikelnya. bila majikannya, majalah berkebun, keluar untuk perniagaan, dia mencuba bakatnya dalam bible fesyen alette, tetapi tersepit dengan masalah kewangan. bagaimanapun, editor barunya yang sangat memahami mendorong becky untuk membina stail sendiri. kemudian, girl in the green scarf, nama penanya, hangat di manhattan, tetapi girl tersebut tidak ikut nasihat seperti mana yang beliau tulis. dengan kerjayanya yang naik, hutang kad kreditnya makin bertambah hingga musuhnya mendedahkan rahsianya dalam rancangan tv. semua orang tidak peduli dengan becky, kecuali ibu bapanya, hingga beliau menemui cara untuk menebusnya.

Wednesday, April 21, 2010

letter 194

cara terbaik untuk kita mengawal berapa banyak anak2 kita menonton tv adalah seperti mengawal pengambilan gula. kita mahu anak2 kita enjoy menonton tanpa keterlaluan. jadi kita perlu bersama teman anak2 kita menonton tv. average times kanak2 menonton tv di amerika adalah 3 - 4 jam, manakala american academy of pediatrics mengesyorkan yang kanak2 seharusnya hanya menonton tidak lebih dari sejam atau 2 jam sehari, dan yang kanak2 berumur bawah 2 tahun tidak harus menonton tv langsung.

ini ada beberapa tips yang i dapat dari emel bagaimana menggunakan tv sebagai alat belajar :

  1. hadkan jumlah tontonan
  2. tonton program, bukan tv
  3. pilih program2 yang tenang
  4. tonton bersama anak2
  5. bantu anak2 anda tonton dengan critical eye
  6. praktikkan program2 yang menggunakan aktiviti dan buku2

Friday, April 16, 2010

letter 193

letter 192

canon 550d + 18-55 Pictures, Images and Photos



alhamdulillah!
akhirnya tercapai juga hajat nak memiliki dslr
terima kasih, encik fadzil adzha
i <3 u, bodoh!

Monday, April 12, 2010

letter 191


kalau i kahwin dengan ahmad dhani

kalau i kahwin dengan shia labeouf



kalau i kahwin dengan adam brody

kalau i kahwin dengan keanu reeves

kalau i kahwin dengan johnny depp

Thursday, April 8, 2010

letter 190

bruce and demi Pictures, Images and Photos

kalau orang lain ni, dah kena parang dah
kalau tak pun, mata mamat tu dah kena korek dengan mata kail
respect!

letter 189

Someone Like you Pictures, Images and Photos

someone like you Pictures, Images and Photos

Ashley Judd in &quot;Someone Like You&quot; Pictures, Images and Photos

Someone Like You Pictures, Images and Photos

semalam i tonton filem ni kat astro. actually filem ni dah lama. produce tahun 2001. sebab i suka tengok ashley judd yang sangat cute dalam ni dan filem ni macam best je.

jane goodale ada segalanya di dalam hidupnya. dia seorang produser di sebuah rancangan bual bicara yang popular dan sedang hangat bercinta dengan eksekutif rancangan, ray. tetapi apabila perhubungan mereka bermasalah, jane memulakan kajian mendalam terhadap binatang jantan untuk memahami bagaimana dan kenapa ray secara tiba2 dan tidak disangka menolak dia. beralih kepada freud, darwin, kawan2 baiknya yang juga kesepian, dan sebuah kabinet yang penuh dengan teori, jane memulakan safari untuk mengkaji jiwa manusia. sepanjang kajian, dia meletakkan 'kajian' dan pengembaraan romantik sebagai kolumnis pseudonymous sex - dan menjadi sensasi dalam proses tersebut.


Wednesday, April 7, 2010

letter 188

smart, kan?
from esprit
yang pasti tiada di esprit, ipoh untuk dapat staff price
huk huk...

Thursday, April 1, 2010

letter 185


agnes monica
my inspiration