Friday, April 29, 2011

New carrier for Fatima

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 27, 2011

Salaam,

Dah lama tak update blog ni. Nothing interesting to share actually. Hmmm... Semalam sejak sekian kalinya saya menghadiri temudga di Jabatan Tenaga Kerja as kerani/pembantu tadbir tapi malangnya macam tak ada harapan :( Sebabnya nakkan lesen memandu dan sebuah kereta sendiri. Kerana saya lesen memandu saya tak direnew dalam kata lain dah mati dan tak boleh direnew dah sebab law sekarang yang bila lesen dah tak direnew selama 2, 3 tahun, kena ambil semula mcm baru2 nak ambil L dulu dan dengan anak2 yang bersusu badan jadi amatlah sukar saya nak pergi buat lesen baru so kesimpulannya x dapatlah kerja tu. Dan kereta sendiri pun tak ada. Kenderaan di rumah ni semua dah ada tuannya hari2 guna sepenuh masa. Sebab kerja yang saya pohon ni rupanya memerlukan saya masuk ke ceruk2 kampung mencari rakyat2 miskin dalam program apa tah namanya. Hmmm... Tak ada rejekilah tu namanya, kan?

So semalam lepas interview, sambung pula teman suami ke JPS ada nak jumpa orang dalam yang nak kami supply safety boots secepat mungkin so semalam lepas settle semua ambil Farhad tadika, bergeraklah kami ke Ipoh menemani suami ke kilang kasut. Dan kononnya tak ada program tapi jadi melarut2 pula.

Kami jamak di Masjid Sultan Idris Shah 2. Mula2 singgah ke Ipoh Parade. Ke FOS konon nak belikan budak2 ni t shirt sikit nak jalan ke Taiping weekend ni tapi semuanya tak menarik dan rejeki Fatima dapat baju long sleeves sehelai. Cute sangat! Dipadankan dengan legging dan kasut baru Baby Gap ala2 vans, memang mengancam anak dara mak!

Then ke Kinta City pula. Kononnya nak pekena sizzling mee saja. End up saya dan anak2 makan nasi ayam hainan dan suami makan sizzling mee. Tiba2 suami ajak tengok Rio kat TGV Cinema. Check time pukul 7.15pm so awal lagi bawa kids main2 dulu kat sebelah TGV tu. Then salin pakaian dan diapers anak2 sambung makan dorayaki pula. So dah cukup masa, masuk dalam cinema layan Rio yang memang kelakar. Sian anak2 sejuk sebab tak plan nak tengok wayang, kan. Fatima so well behaved. Diam je layan movie dan half cerita dia tidur.

Rasa rugi sangat tak bawa kamera. Sebab tak plan langsung nak jalan2 beria. So banyak terlepas moment best2.

*nak beli Ricoh GX cepat ni. Standby je dalam beg. Dan malangnya tiap kali ke Ipoh mesti bateri BB out. Nak snap2 pics pun x dapat :(

Sunday, April 17, 2011

back for good


buang yang keruh
ambil yang jernih
baru teguh peribadi
insyaAllah...

Monday, April 4, 2011

masa depan kami

tepi kedai



showroom


showroom ke hall


luar kedai


siling



pintu utama


ruang utama pintu ke showroom

bilik tengah


ruang tepi dan tangga ke atas

kaunter

dalam perancangan, butik pengantin tradisional, kedai membekalkan pakaian2 dan alat menunaikan haji dan umrah, stokis sureco dan rumah burung walet
insyaAllah...
pelan2 kayuh
Tuhan yang beri rezeki

Sunday, April 3, 2011

teluk intan - manjung - lumut

As-salaam,

Sabtu lepas kami ke Manjung menghadiri kenduri kahwin adik kepada kawan saya, Elin. Dan Fatima dapat soft toy katak from Ikea yang dikirim dengan dia tempoh hari. Argh! Tapi dia taknak ambil duit so kira giftlah for Fatima. Thank you, acik Elin!

Then ke Lumut singgah ke masjid untuk solat Zohor. Kemudian lepak2 di tepi jeti Lumut pekena banana split. Singgah ke Factory Outlet Al-Ikhsan di Lumut. Suami nak beli seluar track da selipar. Selipar Padini dia dah agak 'haus'.

So sambung lagi jalan2 ke Marina Island. First time sampai sini. Memang cun seperti yang diperkatakan orang. Dan memang semua yang datang semuanya ada kamera di tangan. Bertembung pula dengan pengantin baru aka si adik Elin tadi berphoto shoot di sekitar situ tapi dianya tak ada. Bb saya pun dah out of battery so tak dapat nak contact dia.


Awalnya suami nak bawa budak2 mandi di Teluk Batik tapi saya sangatlah malas nak uruskan nak bilas2 air laut lepas mandi, nak berpasir2 so next timelah ya. Saya suggest bila2 kita 1 family ke Pulau Pangkor overnight sehari dua ke sana senang anak2 nak mandi pantai dan mandilah korang sampai kecut.

Kemudian singgah pula ke Taman Paya Bakau yang memang famous dengan monyet2 berkeliaran. Saya kali ini memang malas nak turun dah. Kaki dah lenguh berjalan. So stay dalam kereta sajalah dengan Fatima. Dapat juga tengok monyet2 yang berkeliaran di tempat park kereta. Actually saya dah fobia nak ke sini sebab dulu pernah kena kejar dengan monyet di sini yang nak rampas air minuman saya.

Singgah pula ke masjid Manjung untuk solat Asar. Terus pulang dan singgah di Kayan untuk bertemu childhood mate saya, Siti yang kebetulan pulang ke kampung. Dia yang sedang mengandung 6 bulan punyalah lama tunggu saya sebab janjinya dalam pukul 3 nak datang tapi sampai rumah dia pun dah nak pukul 7 malam. Sembang laju2lah sebab suami nak balik juga sebelum Maghrib.

So begitulah akhirnya Sabtu saya. Fatima tidur dari dalam kereta, sambung di rumah sampai pagi tadi baru bangun. Punyalah penat! Anak saudara saya si Afif Elman pula malam semalam diadmit masuk wad sebab asmanya menyerang.