Thursday, December 31, 2009

letter 41

malam tadi nonton perjaka terakhir. filem dari indonesia. dibintangi pelakon kegemaran, fahrani empel.

cerita ini mengisahkan fahrani sebagai sigi yang menjadi ketua kongsi gelap ah long. perwatakannya sangat kasar, badan bertatu dan ini merisaukan ibunya yang mahu melihat dia berkahwin segera. dia pula tidak mempunyai kekasih tetapi mengharapkan cinta lamanya dari zaman sekolah sahaja.

aming yang berlakon sebagai ramia pula adalah seorang guru tari. walaupun berperwatakan lembut tetapi nalurinya masih kepada wanita. sehinggalah terjadi satu insiden dan kerana insiden itulah, ibu sigi suka kepada ramia dan memaksa sigi mengahwini ramia. kerana bosan dengan bebelan ibunya setiap hari, sigi akhirnya menikah dengan ramia.

namun, setelah menikah, sigi tidak melayan ramia seperti suami. dia masih selalu kasar dan ini membuat ramia kecewa. hinggalah satu hari, barulah sigi tahu cinta lama zaman sekolahnya adalah ramia. sejak itu, barulah dia melayan ramia dengan baik.

berbagai insiden2 kelakar terjadi antara mereka. ramia juga menyokong isterinya sebagai ketua kongsi gelap.


No comments: