Wednesday, January 27, 2010

letter 85

kalau i jadi pelakon/penyanyi/pengacara/dj radio, i takkan tipu status i
da kahwin ke, tunang orang, kekasih orang ke, nenek orang ke
i percaya, jika i telus pada semua orang, peminat lebih menyayangi dan menyokong i
i takkan bagi statement 'teman tapi mesra' or whatsoever

i juga takkan sombong dengan peminat2 i
kalau dorang nak autograf ke, nak bergambar sama ke, nak bertegur sapa ke
kerana pada i, tanpa dorang, siapalah i
album i pasti tak jalan, filem i pasti tak laku tanpa peminat2 i ini

i juga takkan cari bapa gula untuk menanggung hidup i
orang diberikan akal untuk mengira di mana i dapat duit banyak bila i pakai brabus, duduk di penthouse sedangkan drama i keluar tv setahun ada la 5, 6 kali je
tu pun kalau meletup, kan?
kalau keluar dalam filem pun, scene nan adooo je
i takkan nak tipu kata i ada bisnes family la, bisnes kat oversea la aka duit hasil titik peluh i yang tak berapa masam dan masin ni

kalau i jadi penyanyi, i takkan nyanyi lagu orang bagi ikut syok sendiri orang sahaja
biarlah dari dalam jiwa i sendiri
i takkan benarkan orang tentukan nama popular i, genre apa i kena bawa, gaya rambut apa i kena buat, baju apa i kena pakai
i rela nyanyi lagu 'malam bulan dipagar bintang' jika itu yang i minat dari i nyanyi lagu 'lagu-apa-tah-lagu mila-tu' sedangkan i tak boleh terima langsung

i juga akan mengaku salah i kalau i terpeluk bf i secara live ke, i kena tangkap kat pusat2 hiburan ke, i kena tangkap khalwat ke, i nak bercerai ke, i kena pukul dengan bf i ke
pada i, buat apa nak tipu2 cakap berdegar2 dalam press con sedangkan orang di luar sana tahu apa yang terjadi
biarlah i berlaku jujur supaya i dapat terima kesalahan i dan orang juga akan memaafkan i
daripada orang terus memperkatakan hal itu dan terus menjadi buah mulut tanpa tahu pokok pangkalnya

kalau i ada baby, i akan bagi kebenaran pada peminat2 i menatap gambar baby i
i tak nak sorok2 sebab apalah sangat, kan?
setakat gambar baby
kita bukan macam hollywood ada majalah nak bayar berjuta2 untuk gambar eksklusif pun

pada i, pokok pangkal akarnya adalah hati
kalau you artis ke, orang biasa ke
semuanya mencerminkan siapa diri you yang sebenar jika you bersikap jujur, riak, sopan, kaki belit dengan semua orang disekeliling you
lu fikirlah sendiri... *tiba2*


No comments: