Thursday, May 13, 2010

letter 200

lubang di atas adalah untuk rumah burung layang2.
inilah kedai kami untuk tambah pendapatan lagi.


sangat annoying tak kalau orang tertanya2 macamana kami suami isteri menyara hidup dengan hanya duduk di rumah sahaja? ada suara2 dan otak2 sumbang yang sangat risau dengan keadaan kami. hmmm... kasihan! banyak sangat kerja ya nak tahu semua hal orang? ow! lupa... mereka2 ini memang sangat bosan dengan kehidupan mereka yang tiada warna, gelak tawa. hanya siang malam memikirkan tentang bagaimana hidup orang lain lebih aman, sentosa, havoc, fun! samada dengan ahli keluarga atau kawan2. mereka tiada ya semua itu? carilah di kedai2 berdekatan.

i dan suami i adalah anak sulung means sangat diperlukan dan sangat dimanjakan oleh parents masing2. so bila kami get married, rumah mertua yang boleh dikatakan besar ini hanya dihuni oleh parents suami dan adiknya yang tahun ini form 5. adik perempuan yang bekerja sebagai technician di sebuah jabatan kerajaan sudah berkahwin dan tinggal di luar. begitu juga adik lelaki yang masih bujang juga sebagai technician di sebuah lembaga kerajaan di taiping. means, rumah ini lapang dengan 4 bilik kosong. parents suami menggalakkan kami tinggal di sini menemani mereka yang bekerja masing2 sebagai technician sebuah jabatan kerajaan juga. (sungguh saya tak tipu! semuanya sebagai technician)

jadi suami i yang bekerja sendiri sebagai kontraktor dan menyara hidup dengan wang halal iaitu dengan menjadi supplier sparepart kepada workshop sebuah jabatan kerajaan dan sikit2 wang dari orang yang meminjam lesen kontraktor suami i dengan pertolongan mak i. dan sudah tentulah cina kedai workshop tu yang uruskan semua dan kami hanya berehat tunggu jabatan kerajaan bayar saja. dan suami i bukanlah berakal senteng. beliau ada diploma graphic designer dari cosmopoint cuma tidak berminat bekerja di bawah arahan orang lain. memang beliau dilihat sangat santai tak kerja macam orang gila siang malam tapi duit sentiasa ada. walaupun tak mewah tapi SENTIASA ADA. di sinilah yang menjadi tanda tanya mangkuk2 sekalian bagaimanakah kehidupan kami begitu santai?

fikirlah... kami tak ada rumah nak dibayar, api air pun ditanggung, i menumpang wi fi bapa mertua yang laju, susu, pampers anak dibeli sekali banyak setiap bulan, hutang kami hanya 4 wheel drives 2.5 itu sahaja. itu sahaja! jadi tidak beratkan hidup kami? sebab itulah kami boleh pakai cantik2, makan sedap2, guna gadget canggih macam2. dan setiap kali payment masuk, di situlah kami selit duit untuk lunaskan idaman kami. seperti untuk payment bulan 4, kami gunakan sedikit untuk beli dslr. untuk payment akan datang ini maybe dalam lagi 2, 3 weeks, suami i nak beli basikal idaman ribuan dia pula. memanglah hidup kami nampak mewah dengan macam2 benda mahal tapi bukan sederap kami beli. i beli bb bold i tu pun dengan duit kutu, k. dan dengan pendapatan mertua i yang jika dicampur adalah rm7k belum lagi side income jaga2 project sebab mak mertua i technician bangunan, sangatlah mewah hidup kami ini kerana mereka tak kedekut dengan kami. dan itulah yang sangat menjadi tanda tanya mangkuk2 sekalian.

biarlah orang nak kata kami menumpang senang ibu bapa. asalkan HALAL. tak perlu nak pening cari duit macam orang gila untuk lunaskan hutang. dan i x bagi anak minum susu dari duit tak halal. itu pun sudah cukup. biarlah kami santai dulu. ada rezeki, akan adalah kami rumah sendiri. dan aku percaya mangkuk2 itu juga bukanlah hebat sangat jika menumpang juga dengan orang tua. dan menadah duit juga atau menyelit sedikit duit orang tua. aku tak faham di sini mengapa perlu menuding i sedangkan mereka pun lebih kurang sama. pathetic habis!

yang penting bukan kami sahaja yang hidup dalam lingkungan wang mak bapak. ramai lagi di luar sana yang cukup bulan tadah tangan minta duit dengan mak bapak atau pinjam dengan adik beradik. jangan nak menafikan, k. i berfikiran terbuka. cuma i tak faham kenapa ini semua nak jadi isu? sakitkah pungkoq korang? atau hasad di dalam dada makin menebal dan tak mampu bernafas tenang? bawa sabar, tenang...

i memang tak peduli cakap2 orang tentang hidup kami sekeluarga tapi sangat benci dengan mangkuk2 ini yang tak habis2 nak ambil tahu hal kami. ow! lupa... mereka mencari perhatian, mungkin! bukan kami tak ingin rumah sendiri tapi biarlah kami ukur baju di badan kami sendiri. kami sangat jujur dalam diri sendiri. tak mampu buat cara tak mampu. akan ada rezeki datang suatu hari nanti macam setengah2 orang yang dah tua baru nak merasa senang. itulah dinamakan rezeki, kan? dan kita tak tahu bagaimana ia datang dan dengan cara apa.

kedai kami pun dah siap cuma nak cat dan bersihkan keliling saja. jadi lepas ni, kami beralih urusan niaga dan stokis di kedai pula. macam2 benda dalam kepala nak buat. doakan saja yang baik2 kalau hati kamu benar2 baik. untuk yang tak baik, akak x boleh cakap apalah.

eloklah suami i yang tanggung i dari orang yang tanggung suami pula....

No comments: