Friday, May 28, 2010

letter 208

setelah mengalami morning sickness yang sangat parah, hidup i semakin bosan. dan tadi i tonton lagi filem bertemakan islam ini. tak kan jemu, k.

perempuan berkalung sorban Pictures, Images and Photos

filem ini mengisahkan mengenai pengorbanan seorang wanita muslim, annisa, seorang wanita berpendirian kuat, cantik dan cerdas. anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di sebuah sekolah pondok perempuan yang konservatif. baginya ilmu sejati dan benar adalah al quran, hadis dan sunnah. buku moden dianggap menyimpang.

dalam sekolah pondok diajar bagaimana menjadi seorang perempuan muslim di mana pelajaran itu membuat annisa beranggapan bahawa islam membela lelaki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang. tapi protes annisa selalu dianggap rungutan kanak2. hanya khudori, saudara kepada ibunya, yang selalu menemani annisa. menghiburnya sekaligus menyajikan 'dunia' yang lain bagi anissa. dalam diam annisa menaruh hati pada khudori. tapi cinta itu tidak dibalas kerana khudori menyedari dirinya masih ada hubungan rapat dengan keluarga kyai hanan, sekalipun bukan sedarah. hal itu membuat khudori selalu cuba membunuh cintanya. sampai akhirnya khudori melanjutkan pelajaran ke cairo, mesir. secara diam2 annisa mendaftarkan pengajian ke yogyakarta, indonesia, dan diterima. namun kyai hanan tidak mengizinkannya dengan alasan boleh menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum berkahwin berada sendirian jauh dari orang tua. namun annisa berkeras dan protes dengan ayahnya.

akhirnya annisa dikahwinkan dengan samsuddin, seorang anak kyai dari sekolan pondok terbesar di jawa timur. sekalipun hati annisa memberontak, tapi perkahwinan itu dilangsungkan juga. kenyataannya samsudin berkahwin lagi dengan kalsum. harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang berdikari bagi annisa seketika runtuh. dalam keadaannya itu, annisa ditemukan lagi dengan khudori. kedua2nya masih sama2 mencintai.


No comments: