Wednesday, June 23, 2010

letter 216

i memang peminat cerita dari negara seberang, indonesia. walau kebanyak rakyat malaysia ni kadang2 bertempik suruh kurangkan drama2 dari sana tapi i tetap x kisah. kadang2 i rasa drama2 malaysia ni pun lebih kurang bosan gak. tak habis2 dengan gaya orang kayalah sangat!, gaya sembang juta2, x pernah lah projek kurang dari juta, mummy, daddy la, gaduh adik beradik rebut harta la, macam2 la. drama melayu yang betul2 buat i tabik adalah nur kasih dan adamaya saja.

tentang drama indonesia, perkara yang mesti ada pula adalah :

- mesti berkisar cerita tentang orang kaya sangat dan orang miskin sangat
- mesti ada kehilangan anak dari kecil atau tertukar anak dengan tak sengaja. pastu rupanya anak yang hilang tu adalah yang selama ini ada di depan mata.
- lepas tu senang sangat nak trace anak yang hilang. hanya dengan bertandakan loket, rantai atau tanda2 kelahiran. yang pakai atau ada tanda pun semua yang selama ini di depan mata dia. tak pernah lah takkan jumpa punya.
- mesti ada watak orang kaya yang sangat berlagak dan gila kerek. dialah yang selalu mendatangkan masalah dalam drama ini.
- dan watak baik pula adalah yang baik sangat2 hingga boleh dibodohkan berkali2 pun x kisah.
- mesti ada scene di mana bila tengah sembang benda apa2, ada sajalah yang dengar diam2 dari jauh padahal ikutkan jarak macam tu mana leh dengar.
- mesti juga ada scene tiba2 terserempak. dan2 lah orang tu nak lalu kat situ. ternampak kecurangan ke, pelanggaran ke, apa2 sajalah.
- lepas tu mesti ada scene pelakon tu buat apa2 yang baik atau tak sengaja, yang jahat akan upah siapa2 rakamkan kejadian tu dan akan dijadikan 'modal' nak jatuhkan si baik tadi dan yang tengok pun akan percaya bulat2 cerita si jahat tu tanpa dengan explanation si baik tu.
- mesti ada sakit2 kronik macam barahlah, ketumbuhan yang membahayakanlah. tak pernahlah sakit sikit2.
- dan bila sakit, adik beradik yang dorang akan bertungkus lumus cari cara duit yang berpuluh2 ribu tu dan senang2 akan dapat dengan hanya buat kerja sambilan dalam beberapa hari saja.
- tidur ke, bangun tidur ke, tetap bermekap dan berset rambut bagai.

ahhh! banyak lagilah yang tak masuk akal. penat jari i nak taip. tapi i tetap suka dengan drama indonesia sebab suka tengok pelakon2nya yang cun2. tua ke, muda ke, semuanya sedap mata memandang.


Agnes Monica Pictures, Images and Photos

nabila syakieb Pictures, Images and Photos

nia ramadhani Pictures, Images and Photos

revilina s. temat Pictures, Images and Photos

Monday, June 21, 2010

letter 215


happy father's day to my beloved father
abdullah abdul ghani

my beloved husband
fadzil adzha shari

my beloved father in law
shari basiran


(i'm using my fil laptop as my laptop was left at my mother's home last night. so i only got this pic because i just upload it from my dslr)

Friday, June 18, 2010

letter 214






dah lama i tengok movie ni kat astro tapi lupa nak story. sangat best dan sedih...

mengisahkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun adriana yang diculik oleh sex traffickers di mexico city, abangnya yang berumur 17 tahun, jorge, mula menjalankan pencarian adiknya. terperangkap dengan rangkaian underground antarabangsa yang mendapat jutaan hanya dengan menyeleweng manusia, satu2nya kawan adriana yang sama terperangkap ialah veronica, gadis poland yang muda diculik oleh kumpulan yang sama. setelah jorge mendapat sukar untuk melakukan ini, beliau bertemu dengan ray, polis texas yang mempunyai masalah kehilangan anak membuat beliau ingin membantu. dari mexico city dan sempadan rio grande, ke bidaan pekerja seks secara rahsia di internet dan perjumpaan di rumah mewah di kawasan elit new jersey, ray dan jorge berusaha habis2an membawa keluar adriana dari penculik2 sebelum beliau dijual dan takkan ditemui lagi.

Wednesday, June 16, 2010

Tuesday, June 15, 2010

letter 212

Berpisah dari Layla, Majnun jatuh sakit. Badan semakin lemah, sementara suhu badan semakin tinggi.

Para tabib menyarankan bedah, “Sebagian darah dia harus dikeluarkan, sehinggu suhu badan menurun.”

Majnun menolak, “Jangan, jangan melakukan bedah terhadap saya.”

Para tabib pun bingung, “Kamu takut? padahal selama ini kamu masuk-keluar hutan seorang diri. Tidak takut menjadi mangsa macan, tuyul atau binatang buas lainnya. Lalu kenapa takut sama pisau bedah?”

“Tidak, bukan pisau bedah itu yang kutakuti,” jawab Majnun.

“Lalu, apa yang kau takuti?”

“Jangan-jangan pisau bedah itu menyakiti Layla.”

“Menyakiti Layla? Mana bisa? Yangn dibedah badanmu.”

“Justru itu. Layla berada di dalam setiap bagian tubuhku. Mereka yang berjiwa cerah tak akan melihat perbedaan antara aku dan Layla.”

letter 211

pregnant kali ke 3 ini sangat mengundang masalah. bukan masalah apa. cuma mabuk berat.
sangat berlainan dengan b4 ni. so i sangat x sangka i akan rasa juga kemabukan akhirnya.

ramai mengatakan i akan dapat baby girl sebab kali ini totally different, kan tapi i x nak harap sangat. takut sangat nak harap. sebab kalau tersilap harap, i frust dan bukan boleh tukar2 kat kedai macam kita tersilap beli susu ke, apa ke.
tapi tak apalah. i terima apa yang Allah beri untuk i asalkan sihat walafiat adanya.
itu yang lebih penting.

antara benda2 yang buat i fail adalah :

  • mandi pun x lalu. apalagi nak sabun, cuci muka, gosok gigi. seminggu sekali je i mampu buat semua2 tu. hari2 mandi air saja.
  • makan nasi x lalu. lalu pun kalau ada sup atau sebab terpaksa sebab x nak perut kosong. masuk angin lagi susah. i hanya akan hirup kuah saja atau makan benda berkuah macam mee kari.
  • minum pun x boleh air kosong. mesti nak air yang ada perisa.
  • dah x bleh nak duduk2. kena baring saja. kalau bangun pun kena relax dulu. kalau tidak, mata akan jadi gelap macam nak pitam.
  • x boleh cium bau perfume, apa2 yang wangi, baju yang wangi selepas dicuci pun x lalu.
so, i harap sangat benda ni jadi x lama. after 4 months minta2 dah ok. i pun x pergi klinik kesihatan lagi buat buku check up baby. sebab sangat tak larat.

Friday, June 4, 2010

letter 210

serius aku i dengan tulisan perempuan jomblo hari ini. i telah menjadi silent reader beliau sejak sekian lama dan baru hari ini i rasa i selidah dengan beliau.

budak2 yang baru nak up, baru nak rasa tengok lampu jalan sampai lampu tu padam, baru rasa nak berembun sikit, u must read this.