Menjemput pulang mak dan bapak mertua dari Makkah di KLIA pada Isnin tengahari. Mereka selamat sampai pada pukul 12.30 tengahari. Sayu pula dipeluk cium mak mertua maybe ditinggalkan selama 2 minggu. Selalu buka mata, tutup mata, ada saja di depan mata.
Sepanjang perjalanan dari Shah Alam (selepas bertandang di rumah mak nah) hingga ke Teluk Intan, apak dan mak mertua tak henti2 menceritakan keseronokan dan keagungan Tanah Suci Makkah. Aku hingga mengalirkan air mata mendengar kebesaran Sang Pencipta. Terdiam i sepanjang perjalanan dengan niat mahu berubah menjadi lebih baik dan ingin menjejakkan kaki ke sana tahun depan, insyaAllah.
Antara yang terjadi pada mak mertua dan bapak mertua i adalah :
- rezeki mereka sentiasa berhadapan dengan pintu Kaabah tanpa ada sebarang masalah. Hingga suatu hari pintu Kaabah dibuka, mereka dapat menatap pintu Kaabah secara berdepan dan tak henti2 berdoa untuk kesejahteraan semua kerana menurut ustaz yang memimpin mereka di sana, bulan Rejab dan waktu pintu Kaabah terbuka, semua doa akan dimakbulkan. InsyaAllah!
- mak mertua yang sangat pelupa orangnya, menjadi sangat cergas ingatannya di sana mendoakan semua orang.
- mak mertua cerita, lepas dia solat asar ke apa ke, dia kepenatan dan sakit kaki. dia duduk di sebelah seorang wnaita arab. dan dia meminta kerusi wanita arab tu untuk duduk sementara. tapi dimarahi orang arab tu. so mak mertua duduk bawah atas tanah. tiba2 pula dia nak bagi kerusi tu dan mak mertua cakap tak payahlah sebab dah duduk atas tanah tu. dia tiba2 marah2 pula. cakap macam2 yang mak mertua tak faham. lepas tu dia baling kerusi tu dan terus jalan. dia pandang belakang, dia baling tasbih pada mak mertua. tak tahu kenapa. mak mertua anggap itu rezeki.
- kemudian dalam masjidil haram tu, mak mertua duduk2 sementara nak solat dengan mengaji. dia doa minta2 diterangkan hati bagi lancar bacaan. tiba2 saja datang wanita arab menghulurkan bantuan nak bantu ajar mengaji. terkejut mak mertua!
- mak mertua pakai satu selipar ni. selipar baru beli sebelum ke makkah dia simpan lagi. satu hari, dia saja cakap, kalau hilang selipar ni tak pe lah. keluar dari masjid, betul2 hilang.
- bas mak mertua menghadapi ribut pasir yang maha dahsyat. setinggi bangunan. ustaz dalam bas dan semua penumpang menjerit2 membaca doa. serta merta hilang.
- ada satu tempat, bas bergerak sendiri tanpa ditekan minyak. di padang pasir. dikatakan di situlah duduknya dajjal. mungkin itu semua kerja syaitan. memang sah disaksikan mak mertua. tempat tu dah jadi terkenal. orang akan lalu di situ untuk mencuba.
- ada sorang budak ni satu rombongan dengan mak mertua i. seliparnya hilang. sementare dia nak pulang ke hotel, dia niat nak pinjam sekejap selipar jemaah lain. dia sarung selipar, jalan, tapi tak boleh. dia hanya bergerak2 di situ. dia tak sedap hati, patah balik letak selipar tu. alhamdulillah, elok.
mendengar ini semua, hati meronta2 sangat nak pergi. rasanya tak perlu kita nak tunggu jiwa bersih, hati tenang. kalau ada duit, situlah wajib dituju. mungkin di sana kita akan jumpa hidayah, keinsafan, cintakan Tuhan lebih lagi. selagi tak pergi, hati kita takkan tahu bagaimana rasanya. i sangat percayakan begitu.
i, suami isteri berniat nak ke sana tahun depan, insyaAllah di bulan rejab juga kerana bulan Rejab banyak keistimewaan. bukan untuk riak tapi untuk jiwa dan ketenangan sendiri. yang i yang faham perasaan sendiri dan kemahuan sendiri.
bermula dengan ini i berazam sangat nak penuhkan solat 5 waktu, mahu menutup aurat, mahu menjaga adab diri. ini semua kata mak mertua i, perlu bersedia dari sini. kena kuat tiang2 kita baru sempurna idan lancar badah di sana. dan i sangat tekad mahu sempurnakan segala untuk bekalan di sana. insyaAllah. amin...
mungkin ini satu hidayah dan permulaan, kan? siapa tahu?

No comments:
Post a Comment