Thursday, July 29, 2010

letter 223


Semalam berakhir sudah hari ulang tahun anak pertama i, aufa farhad bin fadzil adzha. rasa macam baru lagi i melahirkan dia (ayat klise seorang ibu). tapi itulah yang i rasa. dan kini dia membesar dengan sihat dan alhamdulillah, cerdik. dan i akan selalu mendoakan yang terbaik untuk dia. kerana doa seorang ibulah yang paling mujarab. selebihnya terpulanglah kepada Allah swt untuk memakbulkannya.

masih i ingat lagi empat tahun lepas pada 28 julai pukul 1.28 tengahari i melahirkan dia di hari jumaat yang membawa berkat. di waktu azan zohor dia keluar melihat dunia.

masih i ingat, mengikut due sebenarnya, dia patut lahir pada 27 julai tapi lewat sehari. 27 julai tu i masih ke klinik melakukan rutin check up. pesan doktor kalau lagi seminggu tak lahirkan juga, i akan diindius. balik saja dari klinik, i ke toilet dan i lihat i kesan darah di seluar dalam. alamak! the time has come. tapi relax2 dulu, baring2 baca majalah. sempat request epal hijau kat encik suami dan dia pun pergilah beli. i cakap dalam hati, 'aish! senangnya beranak! tak sakit apa pun'.

sampailah ke petang i still kat rumah dan rutin petang2 i waktu tu adalah menonton 'ku tlah jatuh cinta' lakonan agnes monica. memang i tak pernah miss. so dalam pukul 7 malam macam tu encik suami dan mak mertua i hantar i ke hospital dalam keadaan sihat sejahtera. waktu ni mak i bekerja di slim river so memang dia tak dapat nak ada di sisi i.

sampai hospital, daftar semua, check bukaan, baru 2cm. still i tak rasa apa2. mak mertua i cakap, lambat lagi ni. mak i call pun cakap lambat lagi. mahu subuh2 karang. so i relax jelah. sebab i dilihat sihat tanpa sebarang tanda2 sakit nak bersalin, i dimasukkan ke wad biasa dulu. suh relax dulu. i pun masih macam 'aish! senangnya beranak! tak sakit pun'.

malam pula i call encik suami. i nak makan nasi ayam dengan limau ais. so dia hantar. time tu katil2 kat wad penuh gila. i duduk dalam bilik kelas b kot. ada amoi sorang ni tepi i. so i still relax lagi. cuma i macam takut tengok bakal2 ibu kat luar tu lalu lalang menahan sakit sementara nak bersalin. macam2 gaya ada.

start pukul 12, i dah rasa kontraksi tu. baru ada akai! memang i tak leh tahan sangat bila dia menyerang 15 minit sekali macam tu. i selalu suruh nurse tu check bukaan nak tahu bila boleh keluar baby ni sebab i tak tahan sangat. asyik sapu minyak cap kapak je nak hilangkan sakit tapi tak mahunya. dalam pukul 3 pagi macam tu encik suami berjaya loloskan diri masuk jumpa i. dia risau sangat sampai dia pula nak nangis. baru dia tahu bukan senang. hehe! i cakap sakit je lah. nak cakap apa lagi? rupanya dari petang tadi dia duk tunggu kat luar. kadang2 kawan2 datang teman.

so sampai pagilah i layan kontraksi tu. dalam pukul 6 pagi bukaan dah 6cm, i dah boleh masuk labor room. tapi penuh pula so kena tunggu lagi sejam. tunggu punya tunggu, i masuk juga labor room. macam2lah doktor buat. cucuk tang sana, cucuk tang sini. hehe! tapi takat cucuk tu tak boleh lawan sakit kontraksi ni so dah tak hairan apa doktor nak buat. i tau nak settle cepat je. air selusuh dah nak habis i minum. sampai nurse tu marah i dalam pelat cina, ' amoi, jangan minum banyak sangat'. sekali dia tengok nama, melayu. apadaaa!

macam2 hal dalam labor room tu, yang sebelah katil i kakak melayu ni yang dah menganut agama hindu sebab kahwin dengan hindu. tengah sakit2 tulah dia kene syarah dengan nurse2 bila dia tak tahu mengucap, tak tahu baca al fatihah, semua dia tak tahu. dan i ingat lagi akhirnya dia dioperate sebab tak boleh bersalin normal. yang katil i lagi sebelah pula, ibu anak nak masuk enam tapi i sangat takut tengok reaksi dia. sampai nurse marah, 'u anak nak masuk enam pun macam ni. u tengok budak ni baru 1st time tapi dia tak nangis pun'. yelah, sakit! buat apa i nak nangis. kalau takut, benci, geram, baru i nangis. i cuma mengerang sikit2 time kontraksi dan tak putus2 baca ayat nabi nuh dan menyebut nama Allah saja. time tu sakit tak boleh nak cakap dah.

dalam pukul 1, i dah rasa baby nak keluar sangat. tapi nurse tak bagi teran. dia suruh tunggu. i dah tak larat nak tunggu. i teran diam2. sampailah sorang nurse ni perasan yang kepala baby dah nampak. so diorang pun kelam kabutlah sebab ingat i lambat lagi. 2, 3 kali teran, lahirlah aufa farhad ke dunia. settle!


No comments: