Tuesday, November 9, 2010

letter 149


salaam,

hari ini i happy sangat sebab petang tadi ke pusat pakar rajindar singh untuk buat scan 3d/4d baby i dan check fizikal baby. so evertyhing's ok cuma doktor nasihatkan i kurangkan makan makanan manis sebab air ketuban i berlebihan. walaupun check urine i, kencing manis is 0. biasalah i kalau pregnant, lagi suka nak makan aiskrim, kek.

so, gender baby is GIRL!. alhamdulillah... after having 2 boys, sudah tentulah i nak sangat baby girl. so lusa maybe kitorang akan ke ipoh beli barang2 baby sebab baby i dah 30/31 weeks. so i nak standby semuanya.

abang farhad paling excited dan dia masuk temankan i scan baby with his mak ngah. ayahnya kali ni tak dapat teman sebab ada lawatan tapak dengan parents i. so, i yang tak sabar ni ajaklah ayu adik i temankan. macam2 abang farhad tanya. bising mulut dia! i risau doktor marah pula :)

so, baby dah besar, dah cukup sifat, i akan bagi dia nama yang dah lama i niat iaitu FATIMA AZ-ZAHRA (nama anak kesayangan Nabi Muhammad saw) tak silap i, di atas riba fatimalah Nabi menghembuskan nafas terakhirnya.

so, i'll post again later. salaam...

No comments: