Salaam,
Dah lama tak update blog. Agak busy dengan kehidupan sebagai isteri, mak dan wanita biasa. Hehe! Hmmm... Sabtu lepas Aufa Farhad ada sukan di tadika. So pagi2 semua dah siap2 termasuklah anak saudara saya, Afif Elman dan Ikhwan Harris. Tahun ni as a junior, Farhad ada tarian. Macam biasalah anak saya ni pemalu so bila menari buat muka macam tak ada perasaan. Hehe. Dia masuk acara jalan bawa cawan atas raket pingpong dan kumpulan dia dapat nombor satu :) Ayahnya pun masuk acara juga. Kutip manik hijau dengan chopstick dan dapat nombor dua :)
Selasa lepas kami suami isteri ke Big Cinema tengok Pirates of Caribbean 4. Hanya bawa Fatima. Sedih rasanya kalau ini adalah serial yang terakhir tapi tak boleh nak jangka sebab Kapten Jack Sparrow masih hidup dan dah dapat balik kapal Black Pearl dia, kan. Scene paling mempesonakan adalah scene mermaid. MasyaAllah, kenapalah cantik sangat? Mermaid yang mulan muncul dan juga mermaid yang terperangkap tu.
Semalam pagi2 dah busy. Keluar breakfast dengan suami, adik, kawan2 sambil menunggu kedatangan Sultan dan Permaisuri Perak nak merasmikan bangunan baru MPTI. Dapatlah tengok helikopter turun. Memang keadaan macam puting beliung. Scary! Nampak Sultan Azlan Shah dari jauh saja. Farhad balik sekolah, ayahnya bawa dia ke padang tengok2 helikopter dan tunggu Sultan dan Permaisuri berangkat pulang. Guess what, Farhad dapat salam dan cium tangan dengan Sultan :)
Malam pula bawa anak2 ke Big Cinema tengok 1st day tayangan Kungfu Panda 2. Hehe! Best tapi tahlah. Rasanya prefer lagi before punya movie. So pasni stop kejap aktiviti menonton wayang sebab tak ada cerita yang menarik hati nak pergi buang duit tengok. Hanya nak tunggu tayangan movie The Smurfs yang coming soon.
Rabu depan saya interviu. Doakan saya dapat kerja ini. Dimurahkan rezeki saya dapat kerja untuk anak2 saya juga. Saya interviu di Ipoh dan terus bergerak balik ke Kelantan. Best!!!