Tuesday, May 3, 2011

di Taiping dengan cinta

Salaam,

Jumaat lepas saya dan keluarga in law bertolak ke Taiping. Walau asyik bercuti di sini tapi tak jemu2 sebab suami suka bawa anak2 ke zoo dan yang amat menyenangkan adalah adik ipar kami tinggal dan bekerja di sini jadi kami macam dah familiar dengan bandar Taiping. Kami bergerak dengan dua kereta. Bersama adik ipar yang seorang lagi. Sampai saja di Taiping, adik ipar sudah hidangkan kami dengan nasi ayam hainan yang boleh tahan sedapnya. Then kami rehat sajalah, kan.

Besoknya, awal2 dah bangun bersiap. Pagi ini kami akan keluar pekena sup ayam pencen yang memang terkenal Kamunting sana. Betul2 depan kem ISA tu. Saya pilih bihun sup ayam pencen. Memang sedap cuma specialnya ayam pencen tu je. Rezeki kami murah pagi tu apabila YB Umno belanja 1 kedai makan. Alhamdulillah! Lepas tu bersama2lah kami ke Zoo Taiping yang dah naik jemu nak hadap tapi demi anak2 yang memang suka dengan binatang, layankan sajalah.


fatima with her new carrier

Malamnya kami hanya jalan2 di Tesco Taiping dan Taiping Central. Tak beli apa pun. Cuma beli diapers anak2, susu Anwar, makanan dan cadar Chester. Saya sedang suka berhijab labuh jadi belilah sehelai di gerai2 di Tesco. Agak payah sebab saya hanya suka berhijab hitam saja kalau bertudung awning ni. Singgah di Nagoya untuk beli kain nak tambah stock untuk shawl diy yang saya buat dan jual sendiri juga kain inner untuk nak buat baju kurung kain sari yang saya beli hari tu. Malamnya kami makan nasi ayam KTM pula.

Ahadnya kami sarapan di rumah saja. Roti canai 20 keping. Bayan
gkanlah selera makan keluarga in law saya. Hehehe! Kemudian jalan2 di Muzium Ngah Ibrahim di Matang. Membaca sejarah beliau, amat teruja rasa nak kembali ke zaman 1800an. Hehehe! Guess what, Ngah Ibrahim ni handsome tau. Ala2 Nordin Ahmad. Dialah orang pertama yang jumpa bijih timah di kawasan Matang ni. Kisahnya gajah yang dipeliharanya hilang selama 3 hari. Kemudian gajahnya pulang dengan lumpur2 di kaki yang agak pelik bagi Ngah Ibrahim. Beliau check2 tengok rupanya lumpur tu bercampur sekali dengan bijih timah. Rumahnya memang besar. Bila Inggeris tawan rumah beliau, rumah tu dijadikan penjara untuk memenjarakan beliau, Datok Maharajalela, Datok Sagor dan ramai lagi yang terbabit dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak termasuklah Ngah Ibrahim sendiri. Ada juga kesan tembok pagar rumah Ngah Ibrahim ni yang roboh separuh akibat dirempuh kapal terbang perang Inggeris. Jepun pun pernah menawan rumah Ngah Ibrahim ni. Juga pernah dijadikan sekolah. Kemudian balik rumah, rehat2 tidur sepanjang petang. Amat memudahkan kami adalah kerana dapat solat jamak selama di sini selam 3 hari, kan. Petang pula adik ipar saya bungkuskan mee udang yang bagi saya biasa2 saja cuma udangnya yang banyak dan besar2. Malam pula pekena yong tau foo Taipign yang sedap gila. A must have kalau saya ke sini. Malam2 saya jalan2 lagi di Tesco Taiping dan Taiping Central kali ini dengan 2 adik ipar dan mak mertua. Suami jaga anak2 di rumah. Saya cuma bawa Fatima saja.



Isnin hari terakhir kami di sini. Pagi2 sarapan di rumah saja. Kemudian keluar jalan2 di Muzium Taiping. Ini adalah kali kedua saya ke sini. So macam tak ada apalah yang surprise, kan. Kemudian semua lepak2 di playground Lake Garden. Makan aiskrim bagai then balik rumah rehat2. Kami bertolak pulang ke Teluk Intan dalam pukul 6 petang. Habislah sudah weekend kami...

No comments: