Wednesday, June 15, 2011

penat separuh nyawa





Salaam,

Rasa macam lama gila tak update blog, kan? Serius tak de mood nak lahirkan kata2 dari hati dan minda sendiri sebab penat tak habis lagi. Dari balik Kelantan, sambung ke Teluk Batik buang tenaga. So this entry gonna divide into two. Yang ni utk entry di Kelantan. Entry ke Teluk Batik nantilah ya.

Rabu dua minggu lepas kami sefamily plus my sis, Ayu pulang ke Kelantan. His son, Afif, ayah dan mak dah bawa balik dulu. Sebab senang Ayu nak handle my kids sementera saya harus menghadiri interview. So 8am tu setelah siap breakfast bagai, bergeraklah kami ke Ipoh. Sampai saja di Politeknik Ungku Omar, saya terus cari bilik temuduga dan guess what, dari 8am dah mula sampai 5pm selama 3 hari. So saya masuklah dan tak sangka kawan sekolah saya, Maizura Yaakob pun ada juga. Interviu dilakukan secara sekali 5 orang dan alhamdulillah saya dapat jawab semua soalan dengan selamat :) Selesai dalam pukul 1 lebih macam tu dan terus meluru dapatkan Fatima. Risau sangat dan Ayu kata dia meragam nak menyusu dan dorang belikan dia mashed potato KFC dan suap dia. Pity her! Then solat di masjid depan PUO tu, lunch dan terus bergerak ke Kelantan.

Sampai Kelantan dalam pukul 9 malam terus ke Stesyen Bas belakang Pasaraya Bilal sebab malam tu mak nak pulang ke Teluk Intan naik bas. Sempat jumpa malk before dia naik bas then kitorang terus pulang ke rumah tok tapi singgah dulu makan malam aka lauk kenduri di rumah mak long yang terletak depan rumah tok je. Kan siang tu cousin saya kahwin tapi sebab saya ada interviu so tak dapat nak hadirkan diri sekali.

Bangun je pagi lepas solat subuh... ha! cakap pasal subuh, kat sana pukul 630am dah cerah. Firts day tu mcm peliklah. Jam saya silap ke tapi tengok jam rumah tu betul. Ok. Sambung. Pagi buta dah keluar bawa tok dan pakcik saya makan pagi di kedai sebelah kampung tu. Makan nasi dagang as breakfast. Best, kan? Tengahari pula makan kenduri di rumah saudara ayah di kampung sebelah juga. Kenduri saja2 namanya. Tetap tumbangkan seekor lembu walau saja2. Ayah kata orang sana memang macam tu. Rasa nak jamu orang makan, dorang akan tumbangkan seekor lembu peliharaan sendiri dan masak lauk kenduri. Lauk wajib di sana time kenduri adalah gulai daging dengan umbut nyiur, ikan masin, acar timun, sambal belacan dan buah tembikai.

Petang tu dalam pukul 2 lebih tak tau nak buat apa, kami jalan2 ke Kota Bharu. Nak melawat muzium yang ada di sana dan yang tahu nak cari jalan adalah Istana Jahar. Hehe. Istana Raja dulu2. Then ke medan makan Buluh Kubu cari kuih tradisional. Memang rambang matalah. Petang tu singgah ke rumah maksu. Kebetulan hari jadi dia. Dia pun buatlah mee goreng dan benda wajib yang kitorang suka request iaitu cocktail buah. Dia punyalah pujuk kami semua tidur situ tapi sebab tak bawa segala kelengkapan, tak jadi nak tidur situ.

Besoknya tak ada acara apa2. Petang tu je ke pasar malam. Suami pula bawa anak2 naik kereta kuda kat tepi pantai. Malamnya suami ikut ayah dan pakcik saudara juga kawan dorang ke Rantau Panjang tengok muay thai. Perkara yang tak pernah suami saya tengok live. Hehe.

Ahad malam rasanya kami ke Wakaf Che Yeh. Pasar malam besar. Saya tak ada beli apa pun. Beli tudung bawal, kain cotton, kaftan untuk mak mertua, adik ipar dan kawan kirim. Budak pula tak de pilihan kecuali Farhad je yang nak sangat jersi Chelsea. Kali ni tengah musim jersi berlambak, kain cotton yang murah tu, shawl so tak de benda best. Datang sini barang2 memang ikut musim.

Ikutkan kami nak balik Rabu tapi Khamis suami ada hal penting yang memerlukan dia hadir so kenalah balik Selasa sekali gerak dengan ayah. Sampai di Jeli, makan2, ayah ajak tidur di rumah anak saudara dia di Pengkalan Hulu. So sampai rumah Ngah dalam pukul 8 malam, dia terus nak bawa kami makan malam di Betong, Thailand. Nervouse, k sebab first time saya ke luar negara. Kalau nak datang sendiri memang tak lepas sebab saya kan diblacklist oleh PTPTN. Ingatkan Betong tu tak best macam pekan Golok je tapi masuk2 terus macam bandar Thailand dalam filem2 Thai tu. Rugi tak bawa kamera. Tinggal kamera kat rumah Ngah sebab macam remeh nak bawa. Menyesal, k! Nasib kamera hp ada :) Bandar Betong memang terkenallah dengan kelab2 malam dan kegiatan pelacuran dan memang menjadi tempat feberet orang2 Malaysia berhibur. Malam tu pun memang ramai terserempak dengan orang2 Malaysia bawa amoi2 Siam. Tu baru hari biasa. Belum hari cuti. Makan di kedai makan orang Islam Thai memang sedap sebab masak Siam pure.

Besoknya pagi2 dah gerak balik ke Teluk Intan. Breakfast awal2 dah disiapkan Ngah. Hehe. Singgah RNR Sungai Perak je tapi sebab dah kenyang makan buah2 je. Dalam pukul 3pm sampai rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah...

No comments: