Wednesday, July 13, 2011

Salaam,

Seorang ibu, isteri pastikan nak yang terbaik untuk suami, anak, keluarga. Tapi menjadi seorang saya, seorang yang suka emosional bab2 begini dan tak pandai meluahkan dengan kata2, pada sesetengah orang yang tak kenal saya sedalam2nya, pasti menyangka saya ambil mudah segalanya.

Lama saya tinggal di sini dari mula kahwin2, memang keluarga mertua baik melayan saya. Mungkin kerana saya tak bekerja dan dikelilingi dengan orang bekerja, saya selalu merasa rendah diri dan emosional. Bila mana bila saya tak kerja, orang menganggap saya tidak pandai dalam segala segi. Saya sangat pantang itu tapi begitulah saya dijangkan mereka.

Sebagai seorang yang dah kahwin, tentulah kita memulakan kehidupan yang baru. Tapi kehidupan baru saya agak membosankan kerana tak sama dengan orang lain. Saya tinggal bersama keluarga mertua yang tak yakin kami boleh duduk sendiri kerana kami tak kerja opis. Dengan alasan susah nak bayar sewa, api, air dalam erti kata lain sangat tak pandai mengurus hidup. Ok. Mulai dari situ saya dah tiada life saya sebenar. Di mana semua keputusan suami isteri kena ikut cara orang lain. Nak bangkang, kami tak pandai. Orang kata biarlah rumah tak mewah, makan tak mewah tapi itulah hidup sebenar kami, kan? Lagi puas rasanya tapi kami tak berpeluang. Menjadi seorang saya yang tak banyak cakap, saya ikutkan saja walau dalam hati saya memberontak sebenarnya. Saya tekankan dari awal tak nak lalui semua ini kerana sudah dikira berhutang budi dengan orang lain dalam nampak tak nampak. Dan bila ada yang silap sikit saya buat di mata mereka, saya akan terus dikatakan x kenang budi. Belumlah lagi mereka kata begitu cuma seorang saya yang sangat emosional, itulah yang saya rasa.

Bila dah ada anak, memang saya asuh sendiri sebab saya tak kerja tapi bila dah besar, anak2 saya dah diambil orang mindanya. Bila saya beranak anak ke dua, pada mereka saya tak mampu nak jaga dua2 anak dan anak pertama di'curi' oleh mak mertua saya. Hari2 dia akan panggil anak pertama saya tidur dengan dia dengan pancing tengok kartun sebab tidur kat depan. Saya tak suka sebenarnya orang pisah2kan tidur saya dan anak saya. Serius! Tapi macam saya cakap, saya ni bila saya cakap tak payah dan orang tak nak terima, saya just let it be. Saya orangnya tak pandai nak cakap 2, 3 kali. Sampai sekarang anak saya tak nak tidur dengan saya sejak permulaan itu yang saya tak relakan sama sekali. Dan ada malam2nya saya menangis tak dapat tidur dengan anak pertama kesayangan saya. Walau satu bumbung. Sekarang anak kedua saya pun nampaknya akan mengalami nasib yang sama bila diajak tidur sama dengan alasan kasihan kami tidur bersempit2. Serius saya tak suka. Waktu tidurlah saya nak peluk kuat2 anak2 saya, nak tatap dorang tidur. Anwar dalam seminggu adalah masih lagi tidur dengan saya tapi bila dah diajak, saya jadi sedih x dapat tidur dengan anak2.

Tentang makan, dari anak pertama kecil saya nak setkan makan malam pada pukul 8. Tapi kerana mak mertua saya anggap saya tak mampu nak handle anak2, balik kerja dia dah sibuk uruskan hal makan anak2. Nak tak nak saya terpaksa relakan walau hati saya tak suka. Serius saya sedih dengan keadaan macam ni. Saya tak ada hak. Saya faham dia nak membantu tapi jangan rendah2kan saya sebagai mak mereka. Jadinya semua benda dia nak handle, sampai saya fed up nak uruskan anak2 saya di depan dia. Bilalah agaknya kami boleh ada kehidupan sendiri sebagai sebuah keluarga yang sebenar? Saya dah letih kehidupan saya dikawal, diperhatikan, dinilai?

Paling saya tak suka bila di depan orang lain dia merendah2kan saya dengan bercakap, 'jangan jahat. Nanti mak cubit/pukul.' Bukankah memalukan saya macam saya rajin sangat pukul/cubit anak? Boleh dikira dengan jari dalam sebulan saya pukul/cubit anak. Itu pun bersebab. Sebab yang amat melampau. Saya tak ada hak nak mengajar anak2 saya supaya jangan dimanjakan sangat sebab dorang tak suka saya marah/pukul/cubit anak. Tapi bila anak2 saya nakal sikit, dorang akan kata anak2 saya dah nakal dan banding2kan dengan cucu2 dia yang lain. Sakit hati x?

Anak saya dah 3 dan percayalah saya boleh handle sendiri semuanya. Sebab peribadi saya dah begitu. Saya bukan jenis keluar ke mana2 tinggalkan anak, jalan2 suka2 jauh2 tinggalkan anak dengan orang lain berhari2, suami uruskan anak2, suami uruskan rumahtangga, suami ikut cakap saya. Bukan saya totally. Dari lahir saya bela sendiri, tidur sendiri, dalam pantang saya handle sendiri sebab memang sifat saya yang amat kedekutkan anak2 saya dengan orang lain. Tapi makin besar mereka makin jauh dengan saya sebab pandangan rendah orang dengan saya. Bila x ada orang, saya bahagia layan anak2 saya. Start je pukul 5 pm semua dah balik dari kerja, saya berubah jadi orang yang benci semuanya sebab saya tahu, anak2 akan jauh dengan saya masa tu. Just let us be, boleh tak?

Bukan saya nak salahkan sesiapa cuma saya mahukan kehidupan normal saya sebagai isteri dan ibu sahaja.

2 comments:

asObet said...

doamu sentiasa didengar oleh Allah swt...hak mu sentiasa ada...doaku utk mu jua...pity of u

~~::loveayna::~~ said...

reading this make us see imperfect perfectly.. u have 3 beautiful kids that Allah grant u more value than other things in the world :) insyaallah, u'll fine the sweetness afterall :)dugaan manusia pelbagai, hikmahnye insyaallah pasti ada. :)