Assalaam,
Lamanya x update blog. Sangat malas walau hari2 bukak blog then blogwalking ke blog2 org. Just nak update gambar je lah. Ckp byk pun x guna. Last 2 weeks ke Sitiawan teman suami ke JPS ada kerja sikit, then tukar tayar kereta 4, 4 biji then jalan2 kes Tesco. Dgn harapan nak pekena nasi ayam penyet tapi x siap lagi so pekena nasi ayam hainan je la. Suami pulak x berapa sihat. Jumpa Elin pun kejap je. Ambik kain ela kirim dgn dia beli di Kamdar. So that's it. Hihi...
Sunday, November 27, 2011
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Friday, November 4, 2011
Adzan
bila azan tlah memanggil
aku mendengar tapi tak peduli
bahkan sering tak sembahyang
seakan tak takut pada Ilahi
bila azan berkumandang
aku bekerja dan sulit berhenti
bahkan sering menganggap ringan
seakan aku hidup kekal abadi
terkubur aku ditelan
gelombang kerakusan dunia
ku takut bila dimurkanya
Allah ampunilah aku yang selalu
menangis sekujur tubuhku
membayangkan azab setelah mati
sampai kapan hidup begini
aku rindu padamu ya Allahku
ya Allah terimalah taubatku
ampunilah dosa-dosaku ya Allah
bila azan tlah memanggil
aku mendengar tapi tak peduli
bahkan sering tak sembahyang
aku rindu pada senyum Ilahi
terkubur aku ditelan
gelombang kerakusan dunia
ku takut bila dimurkanya
ya Allah ampunilah aku
penuhilah jiwa ragaku
dengan rahmat dan berkahmu
ya Allah ampuni selalu
Wednesday, November 2, 2011
Assalaam,
Hari ini muka ada sinyummm. Blackberry baru dah sampai. Blackberry yang ke 5 yawww. MasyaAllah! Obses sangat dgn bb. Kali ni saya pakai Blackberry Torch 1. Tak belek2 pun lagi. Tadi baru ambil dari pos laju. Cousin suami belikan dari Johor.
Pagi ni breakfast di luar. Macam biasa port best, Gerai Cik Besah. Tak de apa special pun cuma kami suka makan port tak berbumbung. Fresh je rasa. Hehehe. Bungkus pula mee kari dan mee sup untuk suami dan Farhad. Farhad dah 3 hari tak sekolah. Dah last2 ni pergi sekolah pun main je. Dah 2 minggu teacher tak bagi homework dan buku2 sekolah pun teacher dah pulangkan semua.
Fatima macam biasa makin gedik. Dah pandai bila kita say Hello, dia akan letak tangan kat telinga then say 'huh? huh?' Konon2 cakap by phone la. Pastu bila tengok gambar sendiri kat desktop laptop saya atau mana2 gambar dia, punyalah tersengih2, tergelak2. Orang tahulah itu awak Fatima. Jangan over, ok.
Oh! Sad to say parents in law saya tak de rezeki menunaikan haji tahun ni. Visa memang tak dapat. Dorang pun taklah frust sangat sebab dah inform awal2 so dorang dah bersedia dengan apa2 kemungkinan. Cuma macam ralat kenduri semua dah buat, sumbangan pun banyak orang dah bagi. Itulah saya pernah dengar seorang ustaz ni cakap, sebaik2nya kenduri kesyukuran nak ke haji patutnya kita buat selepas balik dari haji. Meraikan kejayaan kita selepas selamat menunaikan haji dan selamat sampai ke tanah air. Ini belum apa2 tak pasti lagi kita dah raikan. Betul juga cakap ustaz tu, kan? Tak apalah. Jadikan pengajaran. Kalau tak ada rezeki tu, tetaplah tak ada, kan? Siapa kita nak merancang sampai jadi. Semua di tangan Allah swt.
Besok pagi mak, ayah dan adik bongsu saya akan balik kampung ke Kelantan. Rindunya dengan kampung dan tok di sana. Kami tak balik sebab tak plan pun. Ingatkan mertua pergi haji. Bila tak jadi, tak rasa pun nak balik. Lagipun adik2 saya lagi 2 orang pun tak ikut so saya temankanlah dorang beraya di sini.
So, sampai di sini. Will update later. Daaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)