Assalaam,
Hari ini muka ada sinyummm. Blackberry baru dah sampai. Blackberry yang ke 5 yawww. MasyaAllah! Obses sangat dgn bb. Kali ni saya pakai Blackberry Torch 1. Tak belek2 pun lagi. Tadi baru ambil dari pos laju. Cousin suami belikan dari Johor.
Pagi ni breakfast di luar. Macam biasa port best, Gerai Cik Besah. Tak de apa special pun cuma kami suka makan port tak berbumbung. Fresh je rasa. Hehehe. Bungkus pula mee kari dan mee sup untuk suami dan Farhad. Farhad dah 3 hari tak sekolah. Dah last2 ni pergi sekolah pun main je. Dah 2 minggu teacher tak bagi homework dan buku2 sekolah pun teacher dah pulangkan semua.
Fatima macam biasa makin gedik. Dah pandai bila kita say Hello, dia akan letak tangan kat telinga then say 'huh? huh?' Konon2 cakap by phone la. Pastu bila tengok gambar sendiri kat desktop laptop saya atau mana2 gambar dia, punyalah tersengih2, tergelak2. Orang tahulah itu awak Fatima. Jangan over, ok.
Oh! Sad to say parents in law saya tak de rezeki menunaikan haji tahun ni. Visa memang tak dapat. Dorang pun taklah frust sangat sebab dah inform awal2 so dorang dah bersedia dengan apa2 kemungkinan. Cuma macam ralat kenduri semua dah buat, sumbangan pun banyak orang dah bagi. Itulah saya pernah dengar seorang ustaz ni cakap, sebaik2nya kenduri kesyukuran nak ke haji patutnya kita buat selepas balik dari haji. Meraikan kejayaan kita selepas selamat menunaikan haji dan selamat sampai ke tanah air. Ini belum apa2 tak pasti lagi kita dah raikan. Betul juga cakap ustaz tu, kan? Tak apalah. Jadikan pengajaran. Kalau tak ada rezeki tu, tetaplah tak ada, kan? Siapa kita nak merancang sampai jadi. Semua di tangan Allah swt.
Besok pagi mak, ayah dan adik bongsu saya akan balik kampung ke Kelantan. Rindunya dengan kampung dan tok di sana. Kami tak balik sebab tak plan pun. Ingatkan mertua pergi haji. Bila tak jadi, tak rasa pun nak balik. Lagipun adik2 saya lagi 2 orang pun tak ikut so saya temankanlah dorang beraya di sini.
So, sampai di sini. Will update later. Daaa...
No comments:
Post a Comment