Friday, September 9, 2011

Allah selamatkan kamu, anak


Assalamualaikum,

Betapa saya lupa 30 Ogos lepas adalah harijadi Anwar Fayyadh yang ke 3. Bukan lupa apa, lupa nak update kat sini mcm saya update b'day abang dia dulu. Tak celebrate apa2 pun. Kek pun tak beli. Busy nak prepare for raya. Tapi kami dah janji nak belikan dia hadiah bila ke Ipoh nanti sbb Jusco sana toys lagi best2.

Anwar dah petah b'cakap mcm orang tua cumanya pelat. Cakapnya meleret2 dan saya sebagai mak dia je yg faham. Hehe. 'Nak tutu' - nak susu, 'tak oteh' - tak boleh, 'ooo ti pen' - thomas and friends, 'atima a a ta' - fatima az-zahra dan macam2 lagilah.

Anak yg sangat rajin. Kerja2 dapur sangatlah b'kenan. Basuh pinggan, sapu sampah, lap meja, menyibuk. Dan suruhlah apa pun, dia akan patuh tapi kalau tgh malas, 'jap ahhh'. Anak yg antisocial. Tak suka hiburan melampau. Bawa dia tgk abang dia sukan kat sekolah, dia masam je. Suruh ambil bahagian pun muka masam tak ikhlas. Bawa dia tgk konsert skolah abang dia pun, muka masam mcm tak de perasaan padahal org semua tgh gelak2 seronok then keluar duduk kat luar. Buat memek muka 'amendelah korang ni?' Macam t'fikir juga camana dia sekolah nanti? Camana ada awek nak mengorat nanti? Eh?

Apa2 pun, mak doakan Anwar bahagia dunia dan akhirat, jadi anak yg berguna. Walau tak mampu bahagiakan mak dgn wang ringgit di dunia, mak harap Anwar mampu bahagiakan mak di akhirat. Jadi anak yg m'banggakan mak di sana. Taat dgn suruhan Allah dan Rasul. InsyaAllah Anwar pasti bahagia.