Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum,

Parents in law saya masih tak berangkat lagi ke Makkah atas masalah visa. Patutnya Selasa kelmarin jadual sebenarnya. Dengarnya tahun ni dah terlebih kuota. Dengan nak pilihanrayanya. Menteri banyak bagi kuota pada yang berkenaanlah, kan. Dan kebetulan tahun ni haji akhbar. Haji yang terjadi 15 tahun sekali. Dan raya haji jatuh pada hari Jumaat. So umat Islam seluruh dunia berpusu2 nak sambut raya haji di sana. Orang2 Arab akan datang beraya ke Makkah. Lagi satu masalah adalah sebab kedutaan Malaysia baru bertukar tangan so pengurusan masih baru lagi. Kalau besok jawapannya kecundang, memang tak dapat pergilah. Terpaksalah pergi tahun depan. Dah tak de rezeki.

Anak2 macam biasa. Farhad cuti sampai Ahad. Then sekolah macam biasa dan cuti sekolah panjang. Ini tahun terakhir Farhad tadika di situ. Next year dah tukar ke tadika agama. Anwar pula nak masuk sekolah. Kejap je anak2 dah besar.

Oklah. Will update later. Daaa...

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum,

Rasa dah lama sangat tak update blog. Sebab ada medium lain untuk berceloteh merepek meraban iaitu Twitter. Hehe. Dengan fb pun mmg dah jarang nak ambik tahu sangat. Just log in untuk reply komen atau mesej then log out. Home mmg tak check langsunglah. Tapi sebenarnya best juga hidup terputus dengan dunia maya ni like I used to before, kan? Tenang. Plus saya dah let go my bold 2 to give a chance to myself yang memang berperangai tak pernah stick lama dengan satu2 benda to change to other phone. Can't decide lagi nak beli phone apa. Wait November come lah.

Semalam b'day my suami sayang yang ke 31. As an unemployed wife, what can I afford melainkan doa kudus. Cewah! Itu lebih bagus kot, kan? Rasanya this is the 1st year saya tak belikan dia apa2. Before ni harus bagi jam, wallet, baju. Dia pun faham, kan saya tak bekerja dan tak berduit. Duit ada tapi dah habiskan sendiri. Sampai lupa nak sediakan b'day present dia. And saya dedicatedkan lagu To Know Him Is To Love Him by late Amy Winehouse to him via fb. Mendoakan suami saya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. and I love you, Bodoh!

Kids pula macam biasa. Macam2 peel ada. Semalam while driving, Fatima duduk tak diam. Then tiba2 Farhad cakap ke saya, 'perempuan memang macam tu, mak'. Amboi! Hehe. Fatima got her first sandal murah by Barbie. So simple yet so cute. Kadang2 barang murah nampak mahal kalau kita pandai pilih. Dari barang mahal tapi nampak so cheap and no taste, right? Anwar is still our pak lawak. Mulut macam bertih jagung walaupun pelat.

Oklah. Till here for now. See ya!

Friday, September 9, 2011

Allah selamatkan kamu, anak


Assalamualaikum,

Betapa saya lupa 30 Ogos lepas adalah harijadi Anwar Fayyadh yang ke 3. Bukan lupa apa, lupa nak update kat sini mcm saya update b'day abang dia dulu. Tak celebrate apa2 pun. Kek pun tak beli. Busy nak prepare for raya. Tapi kami dah janji nak belikan dia hadiah bila ke Ipoh nanti sbb Jusco sana toys lagi best2.

Anwar dah petah b'cakap mcm orang tua cumanya pelat. Cakapnya meleret2 dan saya sebagai mak dia je yg faham. Hehe. 'Nak tutu' - nak susu, 'tak oteh' - tak boleh, 'ooo ti pen' - thomas and friends, 'atima a a ta' - fatima az-zahra dan macam2 lagilah.

Anak yg sangat rajin. Kerja2 dapur sangatlah b'kenan. Basuh pinggan, sapu sampah, lap meja, menyibuk. Dan suruhlah apa pun, dia akan patuh tapi kalau tgh malas, 'jap ahhh'. Anak yg antisocial. Tak suka hiburan melampau. Bawa dia tgk abang dia sukan kat sekolah, dia masam je. Suruh ambil bahagian pun muka masam tak ikhlas. Bawa dia tgk konsert skolah abang dia pun, muka masam mcm tak de perasaan padahal org semua tgh gelak2 seronok then keluar duduk kat luar. Buat memek muka 'amendelah korang ni?' Macam t'fikir juga camana dia sekolah nanti? Camana ada awek nak mengorat nanti? Eh?

Apa2 pun, mak doakan Anwar bahagia dunia dan akhirat, jadi anak yg berguna. Walau tak mampu bahagiakan mak dgn wang ringgit di dunia, mak harap Anwar mampu bahagiakan mak di akhirat. Jadi anak yg m'banggakan mak di sana. Taat dgn suruhan Allah dan Rasul. InsyaAllah Anwar pasti bahagia.

Monday, August 29, 2011

salaam aidilfitri 1432h

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H
Minal Aidil Wal Faizin
Mohon Maaf Zahir dan Batin

- AZNIZA ANIS ABDULLAH
- FADZIL ADZHA SHARI
- AUFA FARHAD
- ANWAR FAYYADH
- FATIMA AZ-ZAHRA

Friday, July 29, 2011

ramadhan


Salaam,

Lagi 2 hari kita akan menyambut Ramadhan 1432H. Bulan yang amat aku nanti2kan. Tahun lepas alhamdulillah, puasa dan tarawih aku full walau aku mengandungkan Fatima waktu tu. Malam2 bangun buat tahajjud, baca Quran. Mengantuk hilang entah ke mana. Kenapa bulan2 lain susah sikit nak amal ya? Hmmmm...

Bulan yang satu ini, marilah kita kejar pahala yang berganda2 ini. Lebihkan segalanya dari biasa. Wajib dah tentulah. Yang sunat tu tambahkan lagi. Sepuluh hari terakhir puasa, gandakan lagi ibadat kita untuk dapatkan lailatul qadar. Doa banyak2. InsyaAllah akan dimakbulkan.

Baju2 raya anak2 dah settle semua kecuali jubah2 anak lelaki. Tu kat sini pun banyak jual. Ada sikit lagi nak tambah tapi beli dekat2 sini je. Ke Ipoh je. Yang lain semua dah settled kat KL itu hari. Aku rasa mcm nak buat jubah hitam satu. Nak cari kain nanti. Harap ada yang nak jahit. Jubah beli siap ni bukan apa. Singkat nampak tumit. Aku suka jubah labuh tutup tumit.

Sempena Ramadhan ini, sama2lah kita maaf memaafkan. Puasa yang dipenuhi dengan marah dan benci tak diterima Allah. Wallahualam. Sama2lah kita menyucikan hati. InsyaAllah ada keberkatannya.

Thursday, July 28, 2011

Allah selamatkan kamu, anak


Salaam,

Hari ini genap 5 tahun umur anak sulung tersayang, AUFA FARHAD FADZIL ADZHA. Anak yang baik. Dengar kata. Penakut. Means dia takkan buat benda bukan2 yang dia tahu akan menyakitkan dan membahayakan dia. Macam maknya. Hehehe. Bila maknya drive laju sikit, dia akan cakap, 'mak, janganlah laju2, orang perempuan tak boleh racing'. Abang yang sayangkan adik2. Dia beli apa2 mesti suruh beli dua. 'Untuk Anwar', katanya. Anak yang manja. Sensitif. Anak yang bila kita kata jangan, dia takkan buat.

Anak yang kuat sentap juga. Hehehe. Anak yang cakapnya tersusun mcm orang tua. Kadang2 buat kita gelak. Anak yang pemalas sebab anak sulung, cucu sulung, sangat dimanjakan. Anak yang minatnya cenderung dalam hal2 agama. Bila dia bosan, dia akan buka cd iqra mari mengaji kat laptop dan mengaji ikut cd tu. Malam2 kalau free, mengaji dengan toknya.

Anak yang saya nak dia jadi ahli agama. Tak kiralah sebagai ustaz ke, hafiz ke sebab dia cenderung ke arah itu. Peribadi dia buat saya nak bawa dia mendalami itu. Air mukanya tenang. Saya percaya kalau saya bimbing dia, dia pasti berjaya. InsyaAllah. Saya selalu doakan itu kerana doa seorang emak kalau betul caranya, insyaAllah tiada hijabnya. Tapi kalau tak solat, tak berperibadi yang elok, macamana nak doakan anak2? Anak, berjaya di dunia belum tentu berjaya di akhirat tapi saya nak dia lebih berjaya di akhirat untuk dia bantu mak, ayah dia nanti, insyaAllah. Duit bergunung dia bagi nanti tak ada gunanya kalau dia tak solat, tak taat dengan Allah, Rasul dan mak ayah dia. Itu kunci kejayaan anak2 nombor 1. Kalau dia berjaya di dua2 dunia iaitu dunia sekarang dan dunia kemudian, itu adalah bonus bagi saya tapi saya mahu dia utamakan dunia kemudian.

Apa saja yang dia nak buat kalau ke jalan Allah yang diredhai, saya akan sokong, bagi bimbingan. InsyaAllah.

*tears rolling down. Mak sayang Farhad.

Tuesday, July 26, 2011

rip, amy...


to know her is to love her

Monday, July 18, 2011

Kebetulan

Bila kebetulan kau menghadap laptop sementara menunggu waktu memasak pukul 12.30pm, kebetulan pula mertua kau yg x pernah balik mkn tghari, tiba2 balik mkn tengahari di rumah pukul 12.15pm melihat makan tengahari x siap lagi dan membuat muka dan kesimpulan yg kau pemalas dan menghadap laptop siang malam adalah amat tidak patut. Kerja aku, aku tahu. Aku hari2 hadap. X perlu buat spekulasi sbb aku yg hadap hari2.

Sama juga bila kau balik kerja pukul 5pm tgk aku m'hadap laptop sampai lupa solat padahal masuk waktu sebelum pukul 5 aku dah solat.

*kdg2 aku perlu buat luahan dlm bentuk begini sbb susah org kerja nak faham hati seorang suri rumah yg menumpang mcm aku ni. Tension aku x sama mcm tension org kerja yg cukup bulan dpt duit utk hiburkan hati.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 13, 2011

#Wordless Wednesday

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone