Tuesday, January 3, 2012

sick

Swelling and pain over the left lower cheek and unable to open my mouth due to the pain.

Friday, December 30, 2011

so long, 2011

MasyaAllah! How come lama gila tak update blog walaupun hari2 buka blog then blogwalking to other blog. Bukan apa, mood nak menulis, membebel dari hati sendiri dah tiada as dah merepek, meraban kat twitter everyday, kan? Tapi sebab hari ni last day for 2011, I have to gagahkan diri jugak.





I tak update lagi yg I ke KL with family in law, right? Kalau tak, macam malas nak join sebab Fatima is not feeling well. Demam, cirit birit, flu, batuk semua pakej. But then suami was so kesian dah lama tak jalan, dia nak jugak ikut plus MIL called several times asking whether nak join ke tak. So Sabtu pagi tu Fatima macam dah ok, so I buat keputusan joined je lah. Sampai KL, fetched cousin suami kat Shah Alam then off to Ikea/Ikano/The Curve. I memang dari sini nak makan meatball segala macam kat food court tu but then sampai je, MIL suruh makan nasi ayam. Oklah. Then she asked her to leave the kids with her lepak2 kat
depan Branded Outlet with other, then me, suami and Fatima went to Ikea shopping sikit2. Then

suami bought some t-shirts kat BO then went back to Shah Alam. Rumah makcik my suami as kitorang semua tidur kat sana. Oh lupa! Singgah SACC mall jap. I bought sandal kat Vincci then beli ub
at for Farhad yang sampai KL, demam pula. Malam pula keluar ke Jackel sebab tgh sale gila2 as my BIL nak beli kain for his wed next year. Lagipun dia bawa sekali bakal isteri dia. Kitorang tak masuk. Just lepak luar pekena burger kukus. Rare, ok! Then nak ke I City tapi hujan renyai2 pula. So terus la lepak makan je kat restoran belakang Concorde tu.

Besoknya ke Alamanda. My BIL nak prepare sikit2 barang hantaran. I pu
la haruslah wajib beli Aunty Anne's chocolate bread stick tu banyak2. Then beli sandal lagi kat Nose. Then we busy buying toys for kids kat Toys R Us as a reward for Farhad yang dapat semua A for hi exam. He chosed Transformer's robot, Anwar chose car from Cars and Fatima got baby doll. First time, ok beli doll for my 1st girl. Then off to Bangi pekena nasi beriyani yang cousin Fadzil cakap so famous and so sedap. Then something happen here. Fatima cirit banyak gila then habis baju dia, seluar I. Memang dah tak sedap hati. Asked suami to bring along blanket untuk Fatima in case jadi apa2, ada blanket boleh cover but then he said tak payah. See! Tebal

mukalah bawa dia ke tandas then cuci semua. Nasib tandas bersih. Phewww! Then balik ke Shah Alam, malam tu juga semua balik Teluk Intan.



Then minggu bila tah ke Shah Alam for our cousin's wedding. My mak's side. Datang rumah Mak Long ni memang makan non stop. Ada saja yang dia nak masak. Kitorang tidur sana. Just came with one full car. Suami tak join. Mak Long's youngest son yang kahwin. Memang tak ada apa2 aktiviti pun as Anwar pula demam. Besoknya kenduri then petang tu dah balik ke Teluk Intan.

The last week went to Putrajaya attending my cousin's akad nikah. Went there by Thursday. Brought along my tok and paksu. Suami tak join sebab had to attend kursus kat Perlis with his Apak. So sampai je, rehat2 then petang tu I bawa anak2 naik bas ke Alamanda. Just nak experienced bawa dorg naik bas but Anwar tak ikut sebab ikut his Mak Tok to Shah Alam jap. Then this 1 kejadian happened. I tertinggal my bag dalam bas as I dah turun kat Alamanda. Then this sorang budak suggested I tanya other driver bas yang baru sampai then nasib abang ni tolong bawa ke depoh bas dorang. Thank, Allah beg I ada lagi. Then went to Alamanda back. Datang just nak makan that crispy popiah kat food court tu. Then for Farhad, he ate big waffle with vanilla ice cream, chocolate sauce and marshmallow. I ordered sotong bakar with nasi putih then makanlah kitorg 3 beranak. Then tapaukan crispy popiah with cheese and chicken utk orang2 kat rumah tu then jalan2 jap cuci mata. By 9.30pm++ macam tu, balik ke rumah naik bas lagi. So penat yet so best bawa anak2. Next week datang lagi I nak bawa Anwar pula. Masa makan waffle tu teringat sangat kat dia. Nak tapau tentulah tak boleh kan with the ice cream segala.

Bulan ni, bulan I sakit gigi. Hari tu sakit sampai I nangis, ok. Gusi bengkak sebab geraham bongsu nak tumbuh. I 3 kali beranak pun tak menangis but with this toothache, haiyooo! Semalam sakit lagi then pagi ni I check, gusi bawah bengkak gila. So pelik kenapa bawah pulak? Then suami yang memang dari dulu paksa I ke dentist bawa juga ke dentist. Then he checked yang geraham bongsu pula nak tumbuh. Please, tumbuh elok2. Don't make the doctor have to operate to cut oher teeth pula then mudah untuk new teeth keluar.

OK. Till then. See you around in 2012, insyaAllah!

Thursday, December 1, 2011

Theraphy

My purchase for today. Plus 3 by online blog and 2 for my Fatima :)

Sunday, November 27, 2011

Assalaam,

Lamanya x update blog. Sangat malas walau hari2 bukak blog then blogwalking ke blog2 org. Just nak update gambar je lah. Ckp byk pun x guna. Last 2 weeks ke Sitiawan teman suami ke JPS ada kerja sikit, then tukar tayar kereta 4, 4 biji then jalan2 kes Tesco. Dgn harapan nak pekena nasi ayam penyet tapi x siap lagi so pekena nasi ayam hainan je la. Suami pulak x berapa sihat. Jumpa Elin pun kejap je. Ambik kain ela kirim dgn dia beli di Kamdar. So that's it. Hihi...

Thursday, November 10, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Friday, November 4, 2011

Adzan


bila azan tlah memanggil
aku mendengar tapi tak peduli
bahkan sering tak sembahyang
seakan tak takut pada Ilahi

bila azan berkumandang
aku bekerja dan sulit berhenti
bahkan sering menganggap ringan
seakan aku hidup kekal abadi

terkubur aku ditelan
gelombang kerakusan dunia
ku takut bila dimurkanya
Allah ampunilah aku yang selalu

menangis sekujur tubuhku
membayangkan azab setelah mati
sampai kapan hidup begini
aku rindu padamu ya Allahku

ya Allah terimalah taubatku
ampunilah dosa-dosaku ya Allah

bila azan tlah memanggil
aku mendengar tapi tak peduli
bahkan sering tak sembahyang
aku rindu pada senyum Ilahi

terkubur aku ditelan
gelombang kerakusan dunia
ku takut bila dimurkanya
ya Allah ampunilah aku

penuhilah jiwa ragaku
dengan rahmat dan berkahmu
ya Allah ampuni selalu




Wednesday, November 2, 2011

Assalaam,

Hari ini muka ada sinyummm. Blackberry baru dah sampai. Blackberry yang ke 5 yawww. MasyaAllah! Obses sangat dgn bb. Kali ni saya pakai Blackberry Torch 1. Tak belek2 pun lagi. Tadi baru ambil dari pos laju. Cousin suami belikan dari Johor.


Pagi ni breakfast di luar. Macam biasa port best, Gerai Cik Besah. Tak de apa special pun cuma kami suka makan port tak berbumbung. Fresh je rasa. Hehehe. Bungkus pula mee kari dan mee sup untuk suami dan Farhad. Farhad dah 3 hari tak sekolah. Dah last2 ni pergi sekolah pun main je. Dah 2 minggu teacher tak bagi homework dan buku2 sekolah pun teacher dah pulangkan semua.

Fatima macam biasa makin gedik. Dah pandai bila kita say Hello, dia akan letak tangan kat telinga then say 'huh? huh?' Konon2 cakap by phone la. Pastu bila tengok gambar sendiri kat desktop laptop saya atau mana2 gambar dia, punyalah tersengih2, tergelak2. Orang tahulah itu awak Fatima. Jangan over, ok.

Oh! Sad to say parents in law saya tak de rezeki menunaikan haji tahun ni. Visa memang tak dapat. Dorang pun taklah frust sangat sebab dah inform awal2 so dorang dah bersedia dengan apa2 kemungkinan. Cuma macam ralat kenduri semua dah buat, sumbangan pun banyak orang dah bagi. Itulah saya pernah dengar seorang ustaz ni cakap, sebaik2nya kenduri kesyukuran nak ke haji patutnya kita buat selepas balik dari haji. Meraikan kejayaan kita selepas selamat menunaikan haji dan selamat sampai ke tanah air. Ini belum apa2 tak pasti lagi kita dah raikan. Betul juga cakap ustaz tu, kan? Tak apalah. Jadikan pengajaran. Kalau tak ada rezeki tu, tetaplah tak ada, kan? Siapa kita nak merancang sampai jadi. Semua di tangan Allah swt.

Besok pagi mak, ayah dan adik bongsu saya akan balik kampung ke Kelantan. Rindunya dengan kampung dan tok di sana. Kami tak balik sebab tak plan pun. Ingatkan mertua pergi haji. Bila tak jadi, tak rasa pun nak balik. Lagipun adik2 saya lagi 2 orang pun tak ikut so saya temankanlah dorang beraya di sini.

So, sampai di sini. Will update later. Daaa...

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum,

Parents in law saya masih tak berangkat lagi ke Makkah atas masalah visa. Patutnya Selasa kelmarin jadual sebenarnya. Dengarnya tahun ni dah terlebih kuota. Dengan nak pilihanrayanya. Menteri banyak bagi kuota pada yang berkenaanlah, kan. Dan kebetulan tahun ni haji akhbar. Haji yang terjadi 15 tahun sekali. Dan raya haji jatuh pada hari Jumaat. So umat Islam seluruh dunia berpusu2 nak sambut raya haji di sana. Orang2 Arab akan datang beraya ke Makkah. Lagi satu masalah adalah sebab kedutaan Malaysia baru bertukar tangan so pengurusan masih baru lagi. Kalau besok jawapannya kecundang, memang tak dapat pergilah. Terpaksalah pergi tahun depan. Dah tak de rezeki.

Anak2 macam biasa. Farhad cuti sampai Ahad. Then sekolah macam biasa dan cuti sekolah panjang. Ini tahun terakhir Farhad tadika di situ. Next year dah tukar ke tadika agama. Anwar pula nak masuk sekolah. Kejap je anak2 dah besar.

Oklah. Will update later. Daaa...

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum,

Rasa dah lama sangat tak update blog. Sebab ada medium lain untuk berceloteh merepek meraban iaitu Twitter. Hehe. Dengan fb pun mmg dah jarang nak ambik tahu sangat. Just log in untuk reply komen atau mesej then log out. Home mmg tak check langsunglah. Tapi sebenarnya best juga hidup terputus dengan dunia maya ni like I used to before, kan? Tenang. Plus saya dah let go my bold 2 to give a chance to myself yang memang berperangai tak pernah stick lama dengan satu2 benda to change to other phone. Can't decide lagi nak beli phone apa. Wait November come lah.

Semalam b'day my suami sayang yang ke 31. As an unemployed wife, what can I afford melainkan doa kudus. Cewah! Itu lebih bagus kot, kan? Rasanya this is the 1st year saya tak belikan dia apa2. Before ni harus bagi jam, wallet, baju. Dia pun faham, kan saya tak bekerja dan tak berduit. Duit ada tapi dah habiskan sendiri. Sampai lupa nak sediakan b'day present dia. And saya dedicatedkan lagu To Know Him Is To Love Him by late Amy Winehouse to him via fb. Mendoakan suami saya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. and I love you, Bodoh!

Kids pula macam biasa. Macam2 peel ada. Semalam while driving, Fatima duduk tak diam. Then tiba2 Farhad cakap ke saya, 'perempuan memang macam tu, mak'. Amboi! Hehe. Fatima got her first sandal murah by Barbie. So simple yet so cute. Kadang2 barang murah nampak mahal kalau kita pandai pilih. Dari barang mahal tapi nampak so cheap and no taste, right? Anwar is still our pak lawak. Mulut macam bertih jagung walaupun pelat.

Oklah. Till here for now. See ya!