Sunday, February 28, 2010

letter 152

astaghfirullahalazim! kenapa masih wujud lagi kes penderaan kanak2 terlampau di dunia ini? dan kerana cinta itu buta, seorang ibu hanya menutup mata melihat anak kandungnya dilakukan sedemikian rupa. tak masuk akal kalau dia kata tak tahu atau tak perasan sebab sebelum ini badan anak kecil itu dicucuh puntung rokok dan berbirat2 kerana disebat. kamu sayang sangat kekasih kamu hingga anak menjadi mangsa.

dan paling memalukan, kamu bersedudukan dengan binatang itu. dan kamu juga masih berstatus isteri orang. mempunyai anak luar nikah juga dengan binatang itu. ya Allah! jahilnya kamu! mana agama kamu? mana Tuhan kamu? mana hati kamu? mana akal kamu? mana maruah kamu? mana sifat keibuan kamu?

binatang itu juga! sanggup kamu sepak terajang, memijak2 kanak2 kecil 3 tahun itu tanpa belas kasihan. dan kata saksi2, terdengar suaranya halusnya merayu jangan dilakukan seperti itu. masih bernyawa dia menanggung semua itu. tak dapat aku bayangkan sakitnya dia menghadapi maut. apakah hukuman yang setimpal untuk dia di dunia ini? akhirat nanti sudah tentulah ada yang menanti.

sedangkan binatang mengawal sepenuh masa agar anak2nya tidak diperlakukan sedemikian rupa. tetapi manusia boleh merelakan begitu saja. tapi bila sudah jadi, nak menyesal, nak pengsan, nak meraung, marah pada kekasihnya pun sudah tiada guna. tiada guna satu sen pun... lenakah tidur kamu seumur hidup terbayangkan wajah anak kamu yang tidak berdosa itu?

dunia... oh! dunia...

tapi tak mengapalah. bidadari surga sedang membelai kanak2 itu di sana. hapuskan segala air matanya dengan keindahan surga. ada hikmahnya, nak! sebagai seorang mak, aku tak sanggup mengenang ini. sedih sangat!

al-fatihah untuk syafia humairah...

Thursday, February 25, 2010

letter 151

maulidur rasul Pictures, Images and Photos

letter 150

beramal yang sedikit dengan istiqamah itu adalah lebih baik daripada beramal yang banyak tetapi sekali sekala bila ada masa terluang sahaja.

Tuesday, February 23, 2010

letter 149

percaya tak kamu semua aku dulu tergolong sebagai skinhead girl? kelakar, kan? tak boleh bayang, kan? jauh beza sangat dengan keadaan aku sekarang tapi hati tetap rebel, babe! rebel2 sopan namanya.

aku bermula minat dengan muzik oi! masa aku 15 tahun rasanya. masa itu hanya layan band2 dari malaysia. acab dengan saturday heroes saja. lama2 baru membiak ke the official, roots n boots. band2 luar yang aku suka pun hanyalah cock sparrow, sham 69, bad manners, the special, sex pistols sikit sajalah sebab mereka lebih kepada punk dan maybe sebab sid vicious sahaja, hehe... band singapore yang menampilkan skins handsome muka jambu macam yoji dalam 'punk in love', alamak... lupalah namanya. nanti aku ingat aku tulis balik.

so tentang dress up aku tak ikut sangat sebab tak ada geng. cuma follow up dengan muzik saja dan town kecil macam hometow aku ini, geng lepak sangatlah terhad. kawan2 sekolah pun semuanya layan n'sync, backstreet boys, britney spears dan yang seangkatannyalah.

filem2 favourite pula mestilah romper stomper, american x, suburbia, skinhead attitude, this is england dan ada lagi some indie movie. melayan movie2 ini tidaklah dapat kita challenge cara hidup seorang skinhead sejati seperti di luar negara sana. sebagai islam, skinhead hanyalah part of life sahaja. tidak seperti mereka yang menjadikan skinhead sebagai way of life.

kalau gig pula, aku jarang sangat attend sebab tak ada geng. ada pun adalah dalam 4, 5 kali. itu pun sebab ikut kawan2 skinhead anson leagues (nama bagi geng2 skinhead teluk intan) main kat ipoh. kalau di sini, band skinhead yang ada hanyalah the boycott. itupun tak glamor mana cuma berpeluanglah ada 2, 3 lagu untuk dimainkan.

stuffs yang aku ada pun hanyalah sepasang but dr martin 8 holes warna krim, sepasang but dr martin 10 holes warna hitam, mary jane dr martin warna krim, seluar farah original, bag lonsdale yang aku beli di butik edy gerhana kat puduraya dulu. hehehe... sekarang semua stuffs tu aku sudah jual. gambar2 juga habis dibuang suami aku yang tidak tegar melihat keadaan isterinya dahulu. hahaha...

cuma ada satu lagi gambar terlepas ke tangan aku. dari kawan vespa manjung, perak. tq! nanti aku scan letak sini ya.

kadang2 bila melihat semula ke belakang, senyum sendiri. tapi sekurang2nya aku merasa semua...

Skinhead Girl Pictures, Images and Photos

letter 148

iman itu pada roh, ehsan itu pada hati, islam itu pada jiwa dan amal itu pada diri.

Monday, February 22, 2010

letter 147

topshop
topshop by affaanis featuring TopShop tote bags

i dah jual beg envelope dan beg chanel look-alike i tu sebab i nak beli sling bag from esprit but i loves this from topshop. tapi macam mahal saja dan over budget i. takpelah. i tunggu sajalah dari esprit sebab dapat staff price. hehe! disebabkan cny ni, kawan i cakap esprit terang lepas cina meroyan nak raya ni. so maybe new arrival for bag akan dapat next week.

letter 146

Coco Rocha Pictures, Images and Photos

Coco Rocha Pictures, Images and Photos

coco rocha

from size 0 to size 4

good!

letter 145

letter 144

salaam

korang ingat tak dulu2 masa kita time sekolah rendah or menengah kot, ada kita beli one small packet biji2 kecil agak keras jugalah dan ianya sangat wangi. dan kita akan simpan dalam pencil case kita untuk mewangikan barang2 kita. so damn that smell! ada jual ke lagi benda tu ya?

biji2 itu juga ada macam2 colour dan berjenis2 bau wanginya. where to get ar these days?

Friday, February 19, 2010

letter 143

di antara rukun di dalam agama adalah rukun iman, islam, hati, yaqin, quddus,, ruhul amri, perang, perpaduan, harian dan rukun hakikat.

letter 142

Dan in Real Life Pictures, Images and Photos

dan satu lagi movie yang i tengok hari ni adalah movie ni.

mengisahkan tentang dan ashburn sebagai ayah tunggal dan seorang kolumnis nasihat. bila seluruh keluarganya berkumpul di sebuah rumah di tepi pantai, dia dengan tidak sengaja bertemu marie, wanita impiannya. dia seorang yang cerdik, kelakar, cantik dan dia adalah kekasih kepada adik dan. lelaki ini yang pandai menasihati akhirnya tersilap dalam mengatur dirinya.

letter 141

Nims Island Pictures, Images and Photos

Alex Rover Pictures, Images and Photos

jodie nims island preview Pictures, Images and Photos

hari ni i banyak habiskan masa tengok movie kat astro as my bro pinjam laptop i sehari. antara movie yang i tengok adalah nim's island ni. salah satu sebabnya adalah abigail breslin adalah favorite i dan i x pernah tengok movie ni.

mengisahkan seorang budak perempuan yang mempunyai sebuah pulau dan dijaga dengan imaginasinya. ia juga ditemani hero dalam buku kegemarannya, alex rover -seorang pengembara hebat. tetapi alexandra, penulis buku rover itu, tinggal di bandar besar. bila ayah nim hilang terkandas di tengah laut, takdir menemukan dia dengan alexandra. sekarang mereka harus mencontohi kekuatan hero mereka, alex rover dan mencari kekuatan untuk menakluki pulau nim.

140

untuk beragama, rukun agama memainkan peranan sebagai panduan menuju ke jalan yang diredhai Tuhan terutamanya melalui sunnah2 yang dianjurkan Rasulullah.

letter 139

leigh lezark Pictures, Images and Photos

my new favorite model, leigh lezark

Wednesday, February 17, 2010

letter 138

matlamat kehidupan adalah suatu usaha yang jitu berpandukan al-quran dan sunnah bagi mengembalikan martabat agama yang bertunjangkan keimanan kepada Allah.

letter 137



fall in love again with the cure!

letter 136

Kat Dennings Pictures, Images and Photos

dan i mula suka this girl when i saw her in 'nick and norah's infinite playlist' barusan tadi.

movie playlist Pictures, Images and Photos

nick and norahs infinite playlist Pictures, Images and Photos

the worst part is bila kawan norah yang hilang arah time mabuk, terjatuhkan chewing gum dan hpnya dalam toilet bowl. then minah ni selamba masuk tangan dalam toilet bowl yang dia baru lepas muntah kat situ untuk ambil chewing gum dia dan makan balik. worst2!!!

letter 135

Matt Long Pictures, Images and Photos

mamat ni smart x?
first time tengok dia dalam 'sydney white'
his name is matt long!

letter 134

day66 Pictures, Images and Photos

New York - August 23, 2009 Pictures, Images and Photos

Shia LaBeouf and Carey Mulligan - Wall Street 2 - New York City - September 16, 2009 Pictures, Images and Photos

On location for "Wall Street 2: Money Never Sleeps" - Battery Park - November 19, 2009 Pictures, Images and Photos

perfect for each other

letter 133

maksud kehidupan bermulanya usaha terhadap keruntuhan ummah. maka kita perlu berfikir dan menyerlahkannya dengan usaha gigih dan mengharap pertolongan Allah.

letter 132

Feist Pictures, Images and Photos

janis Pictures, Images and Photos

Norah Jones Pictures, Images and Photos

alanis morisette Pictures, Images and Photos

this is my current obsession! i suka dengar lagu2 mereka. tapi alanis adalah my long time favorite. i dengar alanis since i'm 13 and her album masa tu yang i suka adalah jagged little pill, kalau i tak silap. dan i paling suka head over feet. tapi alanis latest ni i dah tak berapa suka.

Tuesday, February 16, 2010

letter 131

hidup perlu ada padanya niat, maksud, berfikir dan matlamat. bermulanya niat dengan jiwa yang tenang. ketenangan datangnya dari hati yang suci dan bersih.

Monday, February 15, 2010

letter 130



miss this song from my favorite singer, faye wong.
this song released when i'm about 15 or 16.

letter 129



drape is in!!!

letter 128

sering2lah membawa kanak2 ke masjid dan pastikan pengawasan mereka kerana di masjid sering berkumandang tilawatul dan nasyid.

Sunday, February 14, 2010

letter 127

Let me not to the marriage of true minds
Admit impediments. Love is not love
Which alters when it alteration finds,
Or bends with the remover to remove:
O, no! it is an ever-fixed mark,
That looks on tempests and is never shaken;
It is the star to every wandering bark,
Whose worth's unknown, although his height be taken.
Love's not Time's fool, though rosy lips and cheeks
Within his bending sickle's compass come;
Love alters not with his brief hours and weeks,
But bears it out even to the edge of doom.

If this be error and upon me prov'd,
I never writ, nor no man ever lov'd.

- William Shakespeare

Saturday, February 13, 2010

IMG00205-20100213-2350.jpg

My hometown so REDiculous!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 12, 2010

letter 126

Allah memelihara kanak2 dengan asma-al-husnaNya. persekitaran sangat penting bagi menjamin pemeliharaan tersebut.

letter 125

Happy Chinese New Year Pictures, Images and Photos

dulu masa farhad dalam umur 1 tahun, i tension kalau tiba chinese new year. sebabnya area rumah i ni memang ramai chinese. so mereka akan main mercun gila2 dari malam sampai pukul 4, 5 pagi. farhad sangat takut. asyik menangis je. nak je i call ayah i suruh patrol car polis round sini stop the noises. hehe... tapi semakin dia besar, dia sah kurang takut. anw...

happy chinese new year

to all my chinese friends



letter 124

Alexander McQueen Pictures, Images and Photos

rip, alexander mcqueen!

you are one of the greatest fashion designer in the world!

letter 123



tribute to alexander mcqueen

letter 122



today birthday mak i yang ke 48.

happy birthday, mak! semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepada mak, dimurahkan rezeki untuk dikongsi bersama anak cucu, hehe... dipanjangkan umur untuk selalu menemani kami anak2 mak, berbahagia ke akhir hayat bersama ayah kami. ilysm!

so sebagai anak yang unemployed, i dan ayu adik i berkongsi duit belikan present yang tak seberapa untuk dia.

letter 121

I shall try to correct errors when shown to be errors; and I shall adopt new views so fast as they shall appear to be true views - abraham lincoln

Thursday, February 11, 2010

letter 120

kanak2 mampu menggembirakan nurani orang dewasa dengan telatah mereka, andai ada yang benci, itu petanda penyakit hati yang kronik.

letter 119

chloe sevigny for opening ceremony Pictures, Images and Photos

my oh my!

letter 118

Chloe Sevigny Pictures, Images and Photos



Chloe Sevigny Pictures, Images and Photos

chloe sevigny Pictures, Images and Photos

love you, chloe sevigny!

Wednesday, February 10, 2010

letter 117

THE KARDASHIANS Pictures, Images and Photos

aku ini adalah seorang peminat setia siri keeping up the kardashians tapi percaya tak, musim baru ni sekali pun tak dapat tengok sebab selalu clash time dengan bapa mertua aku yang nak tengok forum perdana.

sucks!

my most favourite kardashian is khloe kardashian!

letter 116

ambillah peranan di dalam mentarbiah kanak2 terutama di dalam masjid kerana pada kanak2 itu banyak malaikat bersama mereka.

letter 115



new song from lucky laki band.

'meski kita tak sama bukan bererti kita tak bisa bersahabat'

Tuesday, February 9, 2010

letter 114

fahamilah jiwa dan corak pemikiran kanak2 kerana pada mereka ada ilmu - bagi mereka yang mahu berfikir.

Monday, February 8, 2010

letter 113

jangan biarkan kanak2 membawa haluan mereka sendiri terutama di dalam masjid. bimbing dan pimpinlah mereka di dalam peribadatan.

letter 112

semalam dengan hari ini i busy siapkan persiapan farhad ke tadika. beli beg sekolah, bekas minuman, stationery. disebabkan teluk intan ini adalah pekan kecil, (perbandaran) so, tiada apa yang best kecuali ultraman. hihi... so beg ultraman, bekas minuman pun ultraman, pensel ben 10 yang tiada kualiti. i sharpkan je, asyik patah je matanya. nasib hari tu tergerak hati nak beli pensil box dan stationery bob the builder kat alamanda. jadilah...

so, uniform pun dah dapat 2 pasang. hari ini ke tadika dah start pakai uniform 'shin chan'nya tu. i beria bawa kamera tapi bila ramai pula parents budak2 lain tadi, jadi segan pula nak ambil gambar dia 1st day pakai uniform. hihi...

tadi keluar lagi beli kasut sekolah pula. ayahnya nak beli kat bata je. senang parking katanya. actually i suka satu kedai tu sebab ada banyak pilihan tapi tak apalah. ikut jelah cakap driver, kan?

so, beli jelah kat bata. ala2 kasut kung fu tu. ;)

bila i buat semua ini, i teringat zaman i kecil2 dulu. bila mak dan ayah i siapkan i ke tadika. actually dalam bab2 macam ni, i lebih suka refer dengan ayah sebab dia akan beli apa saja yang i minta. kalau mak i sangat memilih dan cerewet so, dengan ayah is better. dia akan belikan beg swan, kasut bm 2000. time tu kasut tu jarang orang pakai sebab sangat rare. dan ianya menggunakan tali. bukan zap-on macam yang lain. ayah i sangat suka belikan i kasut sekolah bertali. smart katanya! dan dulu time i tak tau nak ikat tali kasut, dia akan ikatkan.

dan uniform tadika i kemeja warna biru, skirt warna biru juga. tie warna pink. tie i dulu2 not ready made so ayah akan ikatkan tie setiap pagi. dah berkali2 dia ajar sampai sekarang i still tak tahu juga. pernah masa umur i 20 kot, nak lepak dengan member2. kononnya nak dress up ala2 60's. dia juga ikatkan tie i. hihi...

kalau colour pencil, siapa guna luna 24 batang tu kira hebat sangatlah. seperti biasa i akan minta ayah beli. balik sekolah dia dah sediakan. so sweet my ayah! dan guess what, dialah juga yang belikan i dan adik i barbie. seorang satu. upah i dengan adik kutip daun sirih untuk ibu angkat dia. hihi...

kerana ayah i seorang polis, pernah balik dari tadika, i dan seorang kawan yang duduk satu berek, balik naik petrol car. sangat kelakar! excited sangat nak naik. nasib dah besar2 ni tak kena naik petrol car juga kerana sebab yang lain.

i suka dengan tadika i tu. so cutelah! di setiap dinding kelas, ada para yang siap bercermin dipenuhi anak2 patung vintage dan sangat rare. sampai sekarang i terbayang2 suasana itu. i ditempatkan dalam kelas 'robot'. dan tadika itu mengutamakan english. so, everything was teached by english and we sang english songs.

tapi sayangnya, tadika itu sekarang sudah tiada lagi. i rasa sejak tadika itu berpindah lokasi, tiada sambutan. kalau tak, i berniat nak hantar farhad ke sana. how i miss my kindergarden teacher, cikgu azizah.














letter 111


buying new silicone case here

letter 110

kanak2 adalah seperti kain putih dan mereka tiada dosa, mengapa? sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu.

Friday, February 5, 2010

letter 109

bermula mentarbiah fikir itu adalah kebingungan dalam berfikir, maka al-quranlah jawapannya kepada semua kebingungan itu.

letter 108

farhad's first lesson in class

ready to enter class

tadika intan methodist

hari ini i send farhad ke tadika dia pukul 8am. and he was so excited. malam tak nyenyak tidur, ok! i paksa suruh tidur. then bangun pagi dia bad mood pula. maybe sebab mengantuk. so, i pujuk, baru ok.

so, sudah settle payment semua, dia dengan rasminya masuk kelas. dan teachernya boleh salah panggil nama dia. 'ALIFA!' nasib i dengar then recorrect teacher dia. 'AUFA'.

i tinggalkan dia dengan kawan2 dia dan i balik rumah.

pukul 11am i ambil dia, i tengok dia tengah main dengan kawan2. good sign, kan! means dia tiada masalah ke sekolah. hari ini dapat buku dan sudah ada homework. dan dapat sehelai uniform. lagi 2 pasang later teacher dia bagi. and his teacher cakap dia pemalu. and time nak balik, he waves his teacher bye2!

so i tanya dia macamana sekolah? dia cakap best. belajar nyanyi lagu itik. makan roti. and nama kawan dia, hindu. hahaha...

farhad, mak doakan farhad jadi budak bijak. belajar rajin2. tak perlu nak hebat sangat asal dapat buat mak bangga, mak sudah bersyukur. dan kepandaian itu tak perlulah nak ditunjukkan sangat. simpan untuk diri sendiri, nak. simpan untuk saat yang diperlukan sahaja. lebih afdal rasanya. amin...

Thursday, February 4, 2010

letter 107

iman tanpa islam seperti hidup tidak bertamadun. apa benar kenyataan ini? apa pula kaitan iman dan islam itu? mengapa? bagaimana?

letter 106

akal letak kat mana kalau orang mintak macam ni kat kau -

'can i fuck you today?'

kau boleh tunggu, relakan, kau pergi bersihkan badan konon, siap bertuala pula lepas tu... kelakar!

bukan budak 5 tahun. bukan akal senteng. dengarnya belajar sampai u, siap orang tua botak tu dengan bini dia bagi kau biasiswa bila ditanya apa kes pertemuan korang. yang padahalnya kau belajar tak lulus.

dan dengar cerita, mak kau ke makcik kau ke setiausaha sulit bini orang tua botak ni.

pusing2 situ juga kroninya.

dan sangat musykil bila diminta ujian dna buat kali ke dua. kenapa dengan yang pertama dulu? mana boleh berubah. sama saja sampai bila2.

dalam hal begini, jangan dengar cerita sebelah sahaja. yang mendapat liputan meluas berat sebelah dalam akhbar, tv. selidik juga side lagi satu dalam blog, akhbar persendirian dan youtube.

dan aku masih tertanya2, di tangga ke berapa mereka letakkan Allah swt itu semasa melakukan penganiayaan ini?

letter 105

hari ini daftar kindergarden farhad. kasihan dia excited sangat sekolah. siap tadi nak ikut pergi daftar pun, nak bawa pencil box dengan bag semua. ;p

so tadi dah daftar tadika dia kat jalan manggis tu. satu jalan dengan jalan nak ke rumah mak toknya aka mak i.

tadika intan. his uncle used to school here. lesson starts dari 8 pagi sampai 11.15 pagi every weekdays.

farhad akan diajar 3 basics - reading, writing dan math. subjek pula english, math, sains. moral, etc.

farhad juga akan participate dalam sukan, konsert, hari kanak2 dan banyak lagi. so cute, kan?

so bulan pertama ni kena bayar rm150 dan after that setiap bulan kena bayar rm70 sahaja.

insurans pelajar rm10. buku2 untuk setahun rm200. uniform dapat 3 sets kena bayar rm75.

tak sabar nak hantar dia sekolah besok pagi. i nak hantar dia isnin tapi teacher tu kata besok boleh datang. besok 1st time i hantar my son ke kindergarden. excited! maybe lepas ni opah dia akan hantar sebab otw nak ke office then i akan ambil dia balik sekolah.

siap request nak bag sekolah bob the builder. huhu! bob macam tak pernah nampak pula. so i nak belikan beg thomas and friends je. tapi pencil case and stationery dia 1 set bob the builder. hihi...

dan uniform farhad sangat cute. macam uniform shin chan. ;)

Wednesday, February 3, 2010

letter 104

sejauh manakah kita memahami akan tuntutan iman dan islam itu? islam tanpa iman, lemah dan jijik di kaca mata dunia, mengapa? apa benar?

letter 103

hari ini rasa rindu kepada semua yang pernah hadir dan telah pergi dari hidup aku.

aku hanya mengenang yang baik2 saja tentang kamu semua.

dan itu semua membuat aku tersenyum sendiri. ;)

letter 102

i jarang tengok tv sebab ada saja orang kacau. maklumlah, tv kongsi ramai2, kan. hihi...

so tadi i free dan i seorang saja yang dewasa yang berkuasa pegang remote astro, i dapatlah tengok cerita yang tak pernah i tengok. baca sinopsis, macam best. ditambah dengan lakonan demi moore.

indecent proposal di hbo channel 411.

suka i tengok demi moore muda2 dalam cerita ni. sweet, pretty, innocent saja rupanya. tak ada sesaat pun dia tak kelihatan menawan. nangis pun cun habis! maybe that's whylah ashton peduli hapa dengan umur dia, kan?

cerita cinta sedih sangat. some part aku tak sedar mengalir airmata. kesian dengan lelaki tu yang tetap menunggu perempuan tu yang semakin lama berubah sebab ditackle seorang jutawan smart padahal before tu dia kecoh cakap duit tak dapat beli segalanya.

sejak ditinggalkan, lelaki tu berubah dan buktikan pada ex wifenya yang dia boleh beli balik cinta ex wife dia. akhirnya memang ex wife dia buktikan,wang tak dapat beli segalanya. cinta sejati yang abadi...

Indecent Proposal Pictures, Images and Photos

letter 101

tidak Allah jadikan sesuatu itu sia2. yang menjadikan sia2 itu adalah akal yang tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran atau hikmah di atas apa yang berlaku.

letter 100



yeayyy! tahniah i. hari ini post ke 100.

tadi i nak nyanyi lagu ni kat karaoke tapi tak keluar lagi. tapi lagu kotak hati by hujan dah ada. adik i nyanyi.

i suka ini sebab lagu adalah sebab kedua sebenarnya. sebab pertama adalah kerana suka tengok fauzi dan scha bersama2. so sweet! jealous!!!

ala2 klip heroe by enrique iglesias pun ada.

p/s : fauzi baadila sudah rasmi menduda setelah bercerai dengan isterinya yang cute, senk lotta. ada canlah gadis2 malaysia nak cuba nasib. hihi. i mula2 minat dia bila first time tengok lakonan dia dalam 'tentang dia' di tahun 2005 rasanya. masa tu cerita tu baru saja keluar. then berlarutanlah sampai sekarang. sebab dia sebiji macam exbf i. ooppsss!

letter 99

ya Allah ya Tuhanku!
aku bersyukur dengan pertolonganMu

bila dapat emel budak tu transfer balik duit i yang silap ditransaksi tu, rasa berdebar, shaking, nak nangis. means peluang untuk kebaikan kembali cerah.

i kosongkan jiwa untuk redha menerima jika terjadi apa2, alhamdulillah... Tuhan dengar doa i dan Dia put a smile on my face again! sebab tadi i pergi bank, ceritakan masalah i mana tahu diorang boleh tolong. diorang cakap memang tak boleh buat apa2. terpulang kepada budi bicara orang tu nak pulangkan atau tak nak. i terdiam.

;)

terharu dengan keikhlasan yang masih lagi wujud di zaman sekarang ini. semoga kamu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. amin...

perkara ini benar2 buat i makan tak lalu tapi tidur lena. hihi...

tapi tadi untuk hilangkan tension dan kerunsingan, i ke karaoke bersama adik2 dan anak2. sanggup belanja asalkan mereka setuju temankan i.

dah lama tak pergi sebab mood berkaraoke semakin pudar. tadi naik mendadak secara tiba2. hihi...

tadi i nyanyi :

- luluh by samsons
- bila rasaku bukan rasamu by kerispatih
- begitu salah begitu benar by dewi2
- hampa hatiku by ungu (lagu baru di karaoke) dan anak i farhad nyanyi full lagu ni. lagu favourite dia
- don't cry by guns n roses

sejam gilir2 nyanyi bertiga, dapatlah seorang 4 lagu. hihi...

malam ini i akan tidur sambil tersenyum dan tiada lagi lengan di dahi memikirkan bagaimanakah seperti semalam.

dan hingga saat ini, suami i tak tahu insiden ini. :/




Tuesday, February 2, 2010

Monday, February 1, 2010

letter 97

benci3x!

tapi i akui, terjadinya itu kerana kecuaian i

kalau nak cerita pun, complicated sangat rasanya

tapi nak lepaskan tension, i ceritalah

kan i dapat duit kutu. hihi

so seperti yang i ceritakan before ni, i nak buat modal bisnes pakaian baby dan kanak2

so i dah settle deal dengan pemborong tu, malam ni janji nak bank in

i pun dengan bergaya sakan dan sedikit teruja, ke banklah buat membank in

before tu i dah save nama dan number akaun pemborong tu dalam memo pad bb i ni

dalam tu ada lagi satu number akaun budak jual silicon case bb yang i janji nak beli hari tu

so satu i save dengan nama 'miakids' for pemborong dan 'bb' for minah jual silicon case tu

nak dijadikan cerita, i nak transferlah duit modal bisnes tu ke akaun pemborong tu

dengan harga rm400++

tekan punya tekan, time nak sahkan tu baru i perasan silap akaun tapi jari i laju tekan 'ya' means transaksi telah dilakukan

i hanya mampu cakap 'ya Allah!'

dengan muka mencuka, i berlalu pergi dengan hati gundah gulana

i tak cerita kat hubby i kang tak larat nak dengar dia membebel

i diam je sepanjang perjalanan balik. makan pun x lalu padahal lapar sangat

camana kalau nasib i x baik, budak tu x pulangkan?

i dah cerita secara detail kat emel dia dan i harap dengan budibicara dia, dia akan pulangkan duit i

kalau dia x jujur, x taulah i nak cakap apa

i still simpan slip bank tu

ahhh! bencilah situasi macam ni!


letter 96

bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir

letter 95

tak ada duka yang melintas
ku bahagia...

letter 94

diberi dua tangan bagi bekerja dan berpaut kepada kekuatan, pada hakikatnya melaksanakan tugas dengan penuh hikmah