Monday, May 31, 2010

letter 209

mad money Pictures, Images and Photos

mad money Pictures, Images and Photos

Adam with Money (1-2008 Mad Money) Pictures, Images and Photos

Adam and Katie and Guitar (1-2008 Mad Money) Pictures, Images and Photos

mad money Pictures, Images and Photos

cerita komedi tentang tiga wanita biasa yang tidak mengenali antara satu sama lain pada mulanya dan bercadang melakukan sesuatu yang luar biasa - merompak salah satu bank yang dipenuhi sistem keselamatan di dunia. bridget cardigan terkejut setelah mengetahui yang rumah dan kehidupan kelas atasannya akan hilang setelah suaminya don diberhentikan kerja. berbekalkan ijazah english yang sudah berkurun dan pengalaman sebagai ibu dan isteri korporat, bridget terpaksa mencari kerja tanpa sebarang pengalaman. akhirnya, beliau memilih satu posisi yang beliau layak - tukang cuci di bank federal reserve. ibu bergaya ini akhirnya menyedari yang beliau ada persamaan dengan pekerja2 baru lebih dari yang beliau jangka. bridget menjalinkan persahabatan dengan nina, ibu tunggal yang rajin bekerja demi membesarkan dua orang anak, dan jackie, wanita yang berfikiran terbuka dan tidak kisah dengan keadaan. terperangkap dalam sistem yang merendah2kan bakat mereka dan menahan segala mimpi mereka, bridget, nina dan jackie merancang jalan kerja. setelah beberapa lama mengikuti segala undang2, mereka bertiga merancang pelan untuk menyeludup wang2 yang akan dihapuskan dalam reserve yang dikawal ketat. setelah sindiket jenayah ini telah mengaburkan banyak wang, sepertinya mereka telah melakukan suatu jenayah yang besar - hingga satu kecuaian telah mendedahkan segalanya. dengan banyak wang yang hanya mereka sahaja yang tahu untuk apa, wanita2 ini terpaksa untuk berjuang habis2an untuk naik ke tahap melebihi undang2.

Friday, May 28, 2010

letter 208

setelah mengalami morning sickness yang sangat parah, hidup i semakin bosan. dan tadi i tonton lagi filem bertemakan islam ini. tak kan jemu, k.

perempuan berkalung sorban Pictures, Images and Photos

filem ini mengisahkan mengenai pengorbanan seorang wanita muslim, annisa, seorang wanita berpendirian kuat, cantik dan cerdas. anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di sebuah sekolah pondok perempuan yang konservatif. baginya ilmu sejati dan benar adalah al quran, hadis dan sunnah. buku moden dianggap menyimpang.

dalam sekolah pondok diajar bagaimana menjadi seorang perempuan muslim di mana pelajaran itu membuat annisa beranggapan bahawa islam membela lelaki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang. tapi protes annisa selalu dianggap rungutan kanak2. hanya khudori, saudara kepada ibunya, yang selalu menemani annisa. menghiburnya sekaligus menyajikan 'dunia' yang lain bagi anissa. dalam diam annisa menaruh hati pada khudori. tapi cinta itu tidak dibalas kerana khudori menyedari dirinya masih ada hubungan rapat dengan keluarga kyai hanan, sekalipun bukan sedarah. hal itu membuat khudori selalu cuba membunuh cintanya. sampai akhirnya khudori melanjutkan pelajaran ke cairo, mesir. secara diam2 annisa mendaftarkan pengajian ke yogyakarta, indonesia, dan diterima. namun kyai hanan tidak mengizinkannya dengan alasan boleh menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum berkahwin berada sendirian jauh dari orang tua. namun annisa berkeras dan protes dengan ayahnya.

akhirnya annisa dikahwinkan dengan samsuddin, seorang anak kyai dari sekolan pondok terbesar di jawa timur. sekalipun hati annisa memberontak, tapi perkahwinan itu dilangsungkan juga. kenyataannya samsudin berkahwin lagi dengan kalsum. harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang berdikari bagi annisa seketika runtuh. dalam keadaannya itu, annisa ditemukan lagi dengan khudori. kedua2nya masih sama2 mencintai.


Monday, May 24, 2010

letter 207


alhamdulillah...
carrying my 3rd soul.

Friday, May 21, 2010

letter 206

bila kita senyap bukan bererti kita takut

tapi kita tak mahu dipandang bodoh dan kurang ajar sangat

atau meroyan macam betina gila

orang pun dah ramai tanya begitukah perangai mereka?

hmmm... korang nilailah sendiri

Thursday, May 20, 2010

letter 205




new from roxy yang i suka!

Wednesday, May 19, 2010

letter 204

dulu masa kecil, balik kampung ke kelantan adalah 'azab'. lagi perjalanan dulu2. ambil masa hampir 10 jam. dan akan berhenti beberapa kali sebab nak muntah. ubat tahan muntah i, sepanjang 10 jam itu harus non stop pasang radio untuk dengar apa2 lagu pun x kisah. x tahu kenapa. maybe ianya buat i khayal dan lupakan rasa pening dan mual. tapi bila dah sampai, x rasa nak balik sebab habis hati jumpa saudara mara. betul2 i main macam budak kampung. berselemuih!

bila dah besar sikit, balik kampung ke kelantan adalah sedikit best. still lagi yang x best itu adalah perjalanan yang jauh tapi sebab ayah dah expert, perjalanan hanya mengambil masa 8 jam saja. macam2 shortcut beliau tempuh. dan paling best sebab dapat jalan2, shopping2, cuci mata mat kelate hok come2. still masih best hang out dengan cousins.

sekarang bila dah kahwin adalah paling best. x tau kenapa. maybe i dah semakin rindu dengan chek, mek yang dah nampak semakin tua dan kurang sihat. maybe sebab sekarang diorang pun dah jarang datang rumah i macam dulu2 berdua2an naik bas melawat cucu2. dah x larat duduk dalam bas lama2, kata diorang. dan seronok mungkin bawa anak2 jumpa nyang diorang. suami i pun mesra dengan chek dan mek. even rumah diorang usang, tv x de astro tapi kami sangat selesa. maybe mak dan ayah i dah serapkan dalam diri, jangan nak ngada2 nak beza2kan opah sana, opah sini. jangan nak buat2 geli dengan orang2 tua tu. jangan nak buat2 x suka dengan keadaan rumah diorang sebab di situlah tempat ayah kita membesar. jangan nak buat muka bila diorang hidangkan makanan yang x seberapa.

memang i bukan jenis itu. i selesa tidur di atas lantai papan beralaskan tilam nipis even dulu2 pernah kena gigit lipan masa tidur. memang tiap2 malam di sana, sama2 lepak dengan chek, mek tengok tv1, tv2, tv3, tv8, tv9 dan siaran tv thailand yang memang sampai siarannya. sangat kelakar layan mek i tonton wrestling. memang i akan makan apa saja yang mek hidang, ikan merah bakar cicah budu, masak singgang, ikan kering. sedap! dan perkara yang tak pernah miss tiap kali kami berangkat pulang dari i kecil sampailah i besar, waktu bersalaman dengan mek i, dia mesti akan cium pipi i kiri kanan dan minta maaf kalau ada salah silap. dari i kecil sampailah beranak dua ni, dia tak pernah miss. dan paling kelakar, dari kecil sampai sekarang dia akan bagi duit. biar pun x banyak tapi kami sangat menghargai.

sebab tu setiap masa i rindu chek dan mek i. setahun 2 kali kami mesti balik kampung. insyaAllah dalam waktu terdekat ini kami akan balik kampung lagi sebab dengarnya chek x sihat. i tak tahu bagaimana rasanya kalau mereka tiada nanti. sebab mereka kesayangan i...

letter 203

sehari dua ini i rasa nak demam, sakit tekak, telinga bengang, kepala pening, tak ada selera makan.

apakah ini simptom2 nak demam?

i memang susah nak jatuh sakit tapi kalau dah terkena, macam ayam berak kapur.

dan i mulalah nak makan macam2.
nak nasi ayam, mee kari, asam pedas ikan pari, mee rebus.
tengahari tadi i mesej mak minta buatkan ketupat sotong
(sejenis makanan kelantan : sotong disumbat pulut dan rebus dengan santan. kalau di kelantan, direbus dengan santan dan gula hitam)
jadi tadi mak i pun buatkan dan hantar ke rumah.

dan ada juga berita gembira ya!
fadhanis enterprise dapat tender potong rumput under jkr dan tender selama setahun.
alhamdulillah sangat2!
rezeki tahun ini, rezeki anak2, rezeki berkat sabar...

dan sangat memalukan tadi bila kami suami isteri dan anak2 ke supermarket membeli barang2 makan.
sedang suami masukkan anak2 dalam troli, terdengar seorang pakcik sapa, 'dah siap beli barang ke?'
suami dengan sopan menjawab, 'belum. baru nak masuk'. sekali dia pandang belakang, pakcik tu sapa kawan dia yang di belakang saya tu.
pakcik tu pun, 'eh?' sambil senyum dan berlalu.
punyalah malu kami ni sampai gelak mengekek2, menyorok di balik gerai2 kecil kat luar supermarket tu.
habis gelak malu sama2 dalam 2 minit, baru masuk ke dalam dengan doa tak bertembunglah dengan pakcik tu kat dalam tu.


Monday, May 17, 2010

letter 202



nate ni kecek handal salu!
palo botok supo hanying pah cukor palo
kawe fuck demo!

letter 201

Happy Teachers Day Pictures, Images and Photos

Thursday, May 13, 2010

letter 200

lubang di atas adalah untuk rumah burung layang2.
inilah kedai kami untuk tambah pendapatan lagi.


sangat annoying tak kalau orang tertanya2 macamana kami suami isteri menyara hidup dengan hanya duduk di rumah sahaja? ada suara2 dan otak2 sumbang yang sangat risau dengan keadaan kami. hmmm... kasihan! banyak sangat kerja ya nak tahu semua hal orang? ow! lupa... mereka2 ini memang sangat bosan dengan kehidupan mereka yang tiada warna, gelak tawa. hanya siang malam memikirkan tentang bagaimana hidup orang lain lebih aman, sentosa, havoc, fun! samada dengan ahli keluarga atau kawan2. mereka tiada ya semua itu? carilah di kedai2 berdekatan.

i dan suami i adalah anak sulung means sangat diperlukan dan sangat dimanjakan oleh parents masing2. so bila kami get married, rumah mertua yang boleh dikatakan besar ini hanya dihuni oleh parents suami dan adiknya yang tahun ini form 5. adik perempuan yang bekerja sebagai technician di sebuah jabatan kerajaan sudah berkahwin dan tinggal di luar. begitu juga adik lelaki yang masih bujang juga sebagai technician di sebuah lembaga kerajaan di taiping. means, rumah ini lapang dengan 4 bilik kosong. parents suami menggalakkan kami tinggal di sini menemani mereka yang bekerja masing2 sebagai technician sebuah jabatan kerajaan juga. (sungguh saya tak tipu! semuanya sebagai technician)

jadi suami i yang bekerja sendiri sebagai kontraktor dan menyara hidup dengan wang halal iaitu dengan menjadi supplier sparepart kepada workshop sebuah jabatan kerajaan dan sikit2 wang dari orang yang meminjam lesen kontraktor suami i dengan pertolongan mak i. dan sudah tentulah cina kedai workshop tu yang uruskan semua dan kami hanya berehat tunggu jabatan kerajaan bayar saja. dan suami i bukanlah berakal senteng. beliau ada diploma graphic designer dari cosmopoint cuma tidak berminat bekerja di bawah arahan orang lain. memang beliau dilihat sangat santai tak kerja macam orang gila siang malam tapi duit sentiasa ada. walaupun tak mewah tapi SENTIASA ADA. di sinilah yang menjadi tanda tanya mangkuk2 sekalian bagaimanakah kehidupan kami begitu santai?

fikirlah... kami tak ada rumah nak dibayar, api air pun ditanggung, i menumpang wi fi bapa mertua yang laju, susu, pampers anak dibeli sekali banyak setiap bulan, hutang kami hanya 4 wheel drives 2.5 itu sahaja. itu sahaja! jadi tidak beratkan hidup kami? sebab itulah kami boleh pakai cantik2, makan sedap2, guna gadget canggih macam2. dan setiap kali payment masuk, di situlah kami selit duit untuk lunaskan idaman kami. seperti untuk payment bulan 4, kami gunakan sedikit untuk beli dslr. untuk payment akan datang ini maybe dalam lagi 2, 3 weeks, suami i nak beli basikal idaman ribuan dia pula. memanglah hidup kami nampak mewah dengan macam2 benda mahal tapi bukan sederap kami beli. i beli bb bold i tu pun dengan duit kutu, k. dan dengan pendapatan mertua i yang jika dicampur adalah rm7k belum lagi side income jaga2 project sebab mak mertua i technician bangunan, sangatlah mewah hidup kami ini kerana mereka tak kedekut dengan kami. dan itulah yang sangat menjadi tanda tanya mangkuk2 sekalian.

biarlah orang nak kata kami menumpang senang ibu bapa. asalkan HALAL. tak perlu nak pening cari duit macam orang gila untuk lunaskan hutang. dan i x bagi anak minum susu dari duit tak halal. itu pun sudah cukup. biarlah kami santai dulu. ada rezeki, akan adalah kami rumah sendiri. dan aku percaya mangkuk2 itu juga bukanlah hebat sangat jika menumpang juga dengan orang tua. dan menadah duit juga atau menyelit sedikit duit orang tua. aku tak faham di sini mengapa perlu menuding i sedangkan mereka pun lebih kurang sama. pathetic habis!

yang penting bukan kami sahaja yang hidup dalam lingkungan wang mak bapak. ramai lagi di luar sana yang cukup bulan tadah tangan minta duit dengan mak bapak atau pinjam dengan adik beradik. jangan nak menafikan, k. i berfikiran terbuka. cuma i tak faham kenapa ini semua nak jadi isu? sakitkah pungkoq korang? atau hasad di dalam dada makin menebal dan tak mampu bernafas tenang? bawa sabar, tenang...

i memang tak peduli cakap2 orang tentang hidup kami sekeluarga tapi sangat benci dengan mangkuk2 ini yang tak habis2 nak ambil tahu hal kami. ow! lupa... mereka mencari perhatian, mungkin! bukan kami tak ingin rumah sendiri tapi biarlah kami ukur baju di badan kami sendiri. kami sangat jujur dalam diri sendiri. tak mampu buat cara tak mampu. akan ada rezeki datang suatu hari nanti macam setengah2 orang yang dah tua baru nak merasa senang. itulah dinamakan rezeki, kan? dan kita tak tahu bagaimana ia datang dan dengan cara apa.

kedai kami pun dah siap cuma nak cat dan bersihkan keliling saja. jadi lepas ni, kami beralih urusan niaga dan stokis di kedai pula. macam2 benda dalam kepala nak buat. doakan saja yang baik2 kalau hati kamu benar2 baik. untuk yang tak baik, akak x boleh cakap apalah.

eloklah suami i yang tanggung i dari orang yang tanggung suami pula....

Wednesday, May 12, 2010

letter 199

pagi tadi i tengok cerita ni di astro. best juga even pelakon2nya sorang pun i tak kenal. ending sangat sedih, k!

carlos aka carlitos yang berusia 9 tahun adalah di antara kanak2 yang ditinggalkan oleh ibubapa mereka untuk mencari rezeki di US. ibunya, rosario, bekerja secara haram di los angeles selama 4 tahun, hantar wang perbelanjaan untuk anak dan ibunya bagi memberi peluang mereka merasa kesenangan hidup. apabila neneknya meninggal dunia meninggalkan carlitos sendiri, dia mengubah nasibnya di dalam tangannya sendiri dan menyeberangi sempadan untuk mencari ibunya. perjalanannya yang bermula dari perkampungan haram mexico hingga ke bario LA, carlitos menghadapi bermacam2 halangan dan cabaran hinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki mexico yang juga bekerja secara haram, enrique. mereka yang sering tidak sebulu mencari arah dari tuscon ke east LA, tetapi carlitos hanya ada klu tentang di mana ibunya berada iaitu gambaran sudut jalan di mana tempat ibunya akan menelefonnya setiap ahad sejak 4 tahun lepas. tanpa disedari rosario yang hanya beberapa jam mahu meninggalkan LA dan kembali ke mexico, dia tergerak hati untuk ke pondok telefon tersebut dan di situlah dia bertemu dengan carlitos yang masih mencari2 ibunya.

Under the same moon Pictures, Images and Photos


Tuesday, May 11, 2010

letter 198


i suka dengan dia sekarang ini!

Monday, May 10, 2010

letter 197

selamat hari ibu untuk mak i,

raja noliah raja haron

dan mil,

salbiah shaari.

you both will always be my mak.

Allah bless...