Friday, July 29, 2011

ramadhan


Salaam,

Lagi 2 hari kita akan menyambut Ramadhan 1432H. Bulan yang amat aku nanti2kan. Tahun lepas alhamdulillah, puasa dan tarawih aku full walau aku mengandungkan Fatima waktu tu. Malam2 bangun buat tahajjud, baca Quran. Mengantuk hilang entah ke mana. Kenapa bulan2 lain susah sikit nak amal ya? Hmmmm...

Bulan yang satu ini, marilah kita kejar pahala yang berganda2 ini. Lebihkan segalanya dari biasa. Wajib dah tentulah. Yang sunat tu tambahkan lagi. Sepuluh hari terakhir puasa, gandakan lagi ibadat kita untuk dapatkan lailatul qadar. Doa banyak2. InsyaAllah akan dimakbulkan.

Baju2 raya anak2 dah settle semua kecuali jubah2 anak lelaki. Tu kat sini pun banyak jual. Ada sikit lagi nak tambah tapi beli dekat2 sini je. Ke Ipoh je. Yang lain semua dah settled kat KL itu hari. Aku rasa mcm nak buat jubah hitam satu. Nak cari kain nanti. Harap ada yang nak jahit. Jubah beli siap ni bukan apa. Singkat nampak tumit. Aku suka jubah labuh tutup tumit.

Sempena Ramadhan ini, sama2lah kita maaf memaafkan. Puasa yang dipenuhi dengan marah dan benci tak diterima Allah. Wallahualam. Sama2lah kita menyucikan hati. InsyaAllah ada keberkatannya.

No comments: