Thursday, March 4, 2010

letter 162

salaam,

tadi dalam berita keluar lagi kisah penderaan kanak2. tak sampai seminggu, berulang lagi. mungkin masih ada lagi kisah penderaan menyayat hati yang masih tersimpan ceritanya di luar sana.

dan tadi membabitkan kanak2 lelaki india yang hanya berusia 18 bulan. terlalu kecil untuk dia bertindak melawan atau menyuarakan apa2. lebih kurang baya anwar fayyadh, anak i yang kedua. tetapi kali ini dilakukan oleh pengasuhnya. dikatakan ibu bapanya syak ada yang tak kena bila ada kesan2 mencurigakan di badan anaknya dan kemudian tidak menghantar lagi anaknya ke situ. tapi dikatakan dia menghantar semula dan dalam beberapa jam kemudian tergerak hati menjenguk anaknya dan didapati anaknya lemah tak bermaya selepas diperlakukan tak tahu macamana. dengan alasan anaknya menangis tak henti2. dan dikatakan tulang2 rusuknya patah, hatinya pecah, pundi kencingnya pecah. yalah... kanak2 seusia itu. rapuh lagi...

ibu bapanya menangis bagai nak rak. ibunya pengsan2. kalau i di tempat itu, tak tahulah bagaimana. dan tak mustahil selepas ini akan keluar lagi berita semacam itu. sudah seperti hidangan harian, bulanan, mingguan dan tahunan pada kita. hati i dah lali mendengar dan menatap wajah2 tak berdosa yang dipampangkan mati didera dengan kejam.


No comments: