Sunday, September 5, 2010

letter 237

salaam,

di sini i lampirkan beberapa hukum tentang memakai purdah/niqab :

1.Tiada seorang sahabat pun mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama. Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama.

2. Sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib ditutup adalah mazhab Syafie dan Hanbali. Muka dan dua tapak tangan bukan aurat tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa. Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral. Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat. Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

3. Barangsiapa berpurdah Allah akan tingkatkan nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah aslinya. Siti Fatimah berkata kepada Rasulullah saw, 'Jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah lebih manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah'.

Wallahualam...

No comments: