Wednesday, June 29, 2011

Salaam,

Hari ini 27 Rejab, sempena Israk Mikraj, saya m'googlekan diri tentang apa yang telah terjadi pada tahun 662 Masihi yang lampau. Setiap tahun disambut tapi terus terang saya masih ambil remeh lagi sehinggalah hari ini saya mahu tahu sangat2 da nak berkongsi di sini.

Waktu itu Nabi Muhammad saw berusia 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga adalah tahun dukacita bagi baginda Nabi kerana bapa saudaranya, Abu Talib Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al Isra'.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Baitul maqdis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rakaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atu arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ. Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya. Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah swt bagi Nabi Muhammad saw yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad saw sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah swt untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah swt kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad saw didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut buraq.


No comments: